MAJLIS PELANCARAN AMALAN 5S DI IKBN KINARUT

Tuesday, 31 January 2012 14:48 Bah. Pemb. Kemahiran
Print PDF
 

 

 

 

 

 

 

 

MAJLIS PELANCARAN AMALAN 5S DI IKBN KINARUT

Disediakan oleh : Dayang Rahimah bt Pg Hassan (IKBN Kinarut)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

31 JANUARI 2012 (Isnin), KINARUT - Majlis Pelancaran 5S IKBN Kinarut telah diadakan pada hari ini bertempat di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut. Seramai 427 orang terdiri daripada pelatih dan pegawai IKBN Kinarut telah sama-sama menjayakan Majlis Pelancaran tersebut. 

 

Taklimat Khas  Amalan 5S telah disampaikan oleh Encik Razali Bin Haji Mohammed Yassin dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS).

 

Objektif program adalah sebagai simbolik pelancaran amalan 5S di IKBN Kinarut yan telah bermula di samping dapat menyampaikan hasrat serta sokongan pengurusan bagi melaksanakan amalan ini.

 

Selain majlis perasmian, antara pengisian program tersebut adalah sesi penyampaian polisi dan misi Pelaksanaan 5S mengikut zon yang telah ditetapkan, gotong-royong perdana peringkat IKBN Kinarut dan pada sebelah petang pula taklimat khusus kepada semua pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut

 

Encik Mohd Yusfarizal Bin Che Mohd Yusoff, Timbalan Pengarah Pengurusan Operasi Latihan IKBN Kinarut, yang mewakili En.Rosdi Sokri, Pengarah IKBN Kinarut, dalam ucapan beliau berharap semua warga IKBN Kinarut akan sama-sama menyahut cabaran bagi merealisasikan amalan ini dapat dilaksanakan dengan sepenuhnya oleh semua pihak di sini.

 

Turut hadir ialah Puan Fazulia Zulkifli, Bahagian Pembangunan Sukan KBS yang merupakan salah seorang Ketua Zon di KBS,  En.Azmi Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar IKBN Kinarut, En. Saldi Maruji, Ketua Unit Pengurusan IKBN Kinarut, Ketua-Ketua Sekolah dan Jurusan.

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah (Unit Komunikasi Korporat)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Tuesday, 31 January 2012 15:30

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm