
DATO’ SRI AHMAD SHABERY CHEEK LAWAT MANGSA KEMALANGAN MELIBATKAN PELUMBA BASIKAL NEGARA
Disediakan :Ali Noor Redza B. Ali Noor Radzi (Unit KomunikasiKorporat KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
DAMANSARA, 30 JANUARI 2012 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek yang melawat pelumba basikal negara, Mariana Mohamad di Hospital Pakar Damansara memberi semangat kepada mangsa yang cedera parah akibat dirempuh dari arah bertentangan oleh sebuah kereta Kancil yang dipandu laju oleh seorang wanita di Putrajaya.
Rempuhan tersebut mengakibatkan mangsa terpelanting dan patah tangan kiri, selain mengalami luka di bahagian muka. Mariana yang mengalami patah tangan dihantar ke Pusat Pakar Damansara untuk rawatan lanjut.
Selain Mariana, tiga lagi pelumba basikal negara turut terlibat dalam kemalangan tersebut yang berlaku berhampiran Kementerian Belia dan Sukan, Presint 4 Putrajaya ketika menjalani latihan dan sesi pemilihan.
Mereka ialah pelumba basikal elit wanita kebangsaan, Masziyaton Mohd. Radzi bersama dua lagi pelumba basikal pelapis kebangsaan, Ahmad Azri Ahmad dan Abdul Azizi Zahid yang cedera ringan di tangan serta jari. Kesemua mangsa diberi rawatan di Hospital Putrajaya.
Mengulas kejadian ini, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek berharap pada masa akan datang aspek keselamatan dapat diperketatkan lagi bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti ini berlaku lagi kelak.
Beliau juga berpesan kepada orang ramai terutama pengguna jalan raya supaya lebih berhati-hati dan peka ketika berada di atas jalan raya bagi mengelakkan kemalangan dan kecederaan kepada pengguna jalan raya yang lain.
Turut sama mengiringi Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek semasa lawatan tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Institut Sukan Negara (ISN), Dato’ Dr. Ramlan Abd. Aziz dan Timbalan Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM), Dato’ Naim Mohamad.
Disunting oleh : Razali Mohd Yassin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0