MAJLIS PENDAFTARAN DAN MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI JANUARI IKBN ALOR GAJAH, MELAKA

Tuesday, 31 January 2012 17:44 Bah. Pemb. Kemahiran
Print PDF

 

 

 

MAJLIS PENDAFTARAN DAN MINGGU PARADIGMA PELAJAR BARU SESI JANUARI IKBN ALOR GAJAH, MELAKA

Disediakan oleh : Yogeswaran Seleappan, IKBN Alor Gajah

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

 

MASJID TANAH, 17 JANUARI 2012 : Majlis Penutup Minggu Paradigma Pelajar Baru  pada 17 Januari yang lalu merupakan detik yang dinantikan oleh pelajar baru  Institut Kemahiran Belia Negara Alor Gajah. Sepanjang Minggu Paradigma (Minggu Suaikenal) pelbagai aktiviti yang telah dilaksanakan dan pastinya  banyak melakar  pengalaman atau kenangan ‘suka dan duka’ kepada semua pelajar baru tersebut. Bermula dengan hari pendaftaran (4 Jan –Pengambilan Pertama & 11 Jan – Pengambilan Kedua) para pelajar telah didedahkan dengan pelbagai aktiviti termasuklah ice breaking, latihan simulasi kumpulan, sukan dan rekreasi, kembara IKBN, kembara malam, aktiviti agama dan kerohanian, kaji selidik personaliti,  perkhemahan, khidmat komuniti, explorace’ dan sebagainya. 

 

 

 

 

Objektif utama program ini (Minggu Paradigma) adalah untuk memperkenalkan IKBN dengan lebih dekat bagi  membantu pelajar baru dalam menyesuaikan diri dengan suasana institut serta mampu berinteraksi secara positif bagi menyuburkan minat untuk berusaha bersungguh-sungguh dalam  mencari dan mencapai kecemerlangan ilmu. Selain itu, membimbing masyarakat pelajar baru dalam pembentukan sahsiah rupa diri yang mulia, bertakwa, membentuk pelajar supaya lebih berdisiplin dengan memahami peraturan dan bersedia menerima sistem pembelajaran serta mencetus atau  membentuk   paradigma   positif. Di samping itu juga, memupuk  persefahaman  dan   silaturahim  di antara  pelajar   bagi  membina  dan  menerapkan  semangat  kerjasama,  dan  toleransi  serta    mewujudkan semangat integrasi, membina   dan   melahirkan   pelajar   yang   berwibawa, berkeyakinan  tinggi   dan berdaya saing berlandaskan nilai-nilai murni.

 

“ Kombinasi kumpulan kerja (fasilitator) yang terdiri daripada kakitangan semua bahagian dan perancangan teliti merupakan kunci utama kejayaan dalam pelaksanaan program ini. Setinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua petugas yang telah banyak membantu dalam perancangan, persiapan seterusnya pelaksanaannya. Kumpulan pelajar kali ini merupakan antara yang terbaik dan bertuah kerana banyak mendapat input yang baru dalam semua aktiviti yang dijalankan. Semoga input tersebut dapat memberikan outcome value yang mampu menjadi inspirasi dan diadaptasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak,”  petikan ucapan En. Mohd. Nizam Bin Ismail, Pengarah IKBN Alor Gajah semasa Majlis Penutup Minggu Paradigma Pelajar Baru.

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

 

Last Updated on Thursday, 02 February 2012 11:06

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm