MENEROKA KE TAMAN NEGARA MULU SARAWAK

Friday, 03 February 2012 09:44 UKK
Print PDF

 

MENEROKA KE TAMAN NEGARA MULU SARAWAK

Oleh: Normala Daman (Bahagian Pembangunan Sukan, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Mulu Sarawak, 17 Januari 2012 : Seramai 17 orang Pegawai Belia dan Sukan dari seluruh Jabatan Belia dan dan Sukan Negeri telah menyertai Program Ekspedisi ke Taman Negara Mulu, Sarawak selama empat hari bermula pada 13 hingga 16 Januari 2012.

 

        Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Sukan, Kementerian Belia dan Sukan bertujuan untuk merapatkan hubungan serta meningkatkan motivasi, jatidiri, intergrasi dalam diri dan semangat kerjasama berpasukan dikalangan pegawai-pegawai negeri dan pegawai di Kementerian Belia dan Sukan.

 

       Pengisian ekspedisi ini tidak hanya tertumpu kepada aspek pembinaan semangat berpasukan semata-mata bahkan sebagai acara yang dapat disertai oleh pegawai agar mereka merasai sendiri aktiviti cabaran rekreasi.

 

       Program ini juga turut mempromosikan Taman Negara Gunung Mulu Sarawak kepada semua lapisan masyarakat sebagai salah satu tempat rekreasi dalam negeri yang perlu dikunjungi terutama eksplorasi ke Gua Mulu.

 

       Ekpedisi ini memakan masa selama 10 jam dengan menaiki tiga buah bot sebelum tiba di Mulu River Lodge dan diteruskan dengan berjalan kaki sejauh tiga kilometer untuk tiba di Gua Lang dan Gua Rusa.

 

       Tidak ketinggalaan, Gua Air Jernih dan Gua Angin turut diteroka oleh kesemua peserta bagi menikmati keindahan alam semulajadi yang ada di sana.

 

       Kesemua peserta berpendapat supaya program seperti ini diteruskan agar dapat melahirkan pegawai dan kakitangan yang sentiasa bersemangat, bertanggungjawab, bersatu-padu dan bekerjasama dalam menjalankan tugas yang diamanahkan bagi memastikan mutu penyampaian perkhidmatan awam sentiasa berada di tahap yang terbaik.

 

 Disunting oleh : Lizza Imelia M Sulanah (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Friday, 03 February 2012 09:49

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm