HARI TERBUKA INDUSTRI SUKAN MEDIUM PERKONGSIAN ILMU

Friday, 03 February 2012 16:44 Bhg. Industri Sukan
Print PDF

HARI TERBUKA INDUSTRI SUKAN MEDIUM PERKONGSIAN ILMU

Oleh :  Norazreen Azmi ( Bahagian Industri Sukan KBS )

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

KUALA LUMPUR, 1 FEBRUARI 2012 :  Hari Terbuka Bahagian Industri Sukan  telah berjaya mencapai objektifnya untuk memberi pendedahan dan sebagai platform perkongsian ilmu khususnya kepada mereka yang berminat untuk menjadikan sukan sebagai kerjaya.

 

Hari Terbuka Industri Sukan ini merupakan salah satu pengisian pelaksanaan Tahun Industri Sukan 2011 /’12 yang telah dirasmikan oleh  Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur pada 28 Julai 2011 tahun lalu dengan disaksikan lebih seramai 400  peserta Sports Business Conference Malaysia.

 

Selaras dengan matlamat tersebut Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) telah menyusun pelbagai aktiviti merangkumi persidangan, bengkel, seminar, ekspo sukan termasuklah hari terbuka berkaitan industri sukan yang telah diadakan bersempena Kejohanan Asean Basketball League 2012 yang di anjurkan oleh Asian Basketball League bersama Westports Malaysian Dragons  di Stadium Malaysia Basketball Association (MABA) pada 1 Februari 2012 lalu.

 

Medium perkongsian ilmu ini dimulakan dengan pembentangan dari pihak penganjur berkenaan penubuhan mereka dan juga pengalaman mereka di dalam menganjurkan sesuatu acara. Setelah selesai, para peserta di bawa untuk melawat sekitar bangunan stadium MABA untuk melihat segala kemudahan yang disediakan. Selain itu, mereka juga berpeluang menyaksikan perlawanan d iantara Westports Malaysia Dragons menentang Bangkok Cobras yang dimenangi pihak lawan dengan mata 70 – 73.

 

Seramai 30 orang peserta dari pelbagai agensi kerajaan dan swasta antaranya Perbadanan Purajaya, Kementerian Pengajian Tinggi, Persatuan Usahawan Industri Sukan Malaysia, MINES Event Management, Persatuan Bola Tampar Malaysia, T-Best Event, Mizi Sports dan ramai lagi telah menyertai Hari Terbuka Industri Sukan ini.

 

Turut terlibat dalam program ini adalah pensyarah dari beberapa institusi pengajian tinggi awam dan swasta antaranya Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia, dan Universiti.Sunway

 

Program sebegini dapat memberi pendedahan, pengetahuan, kefahaman dan kesedaran kepada masyarakat khususnya pihak industri mengenai potensi dan peranan sukan sebagai salah satu penyumbang kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Thursday, 05 April 2012 15:56

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm