
MAJLIS PENYERAHAN DANA MISI MYCORPS
Oleh :Hishamuddin Said (Unit KomunikasiKorporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KUALA LUMPUR, 3 FEBRUARI 2012 : Presiden Malaysian Chinese Association (MCA) Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek telah menyempurnakan majlis penyerahan dana misi MyCorps yang telah diadakan di Menara MCA di sini pagi tadi.
Menurut beliau, misi ini merupakan satu usaha yang sangat murni dalam pembangunan komuniti selain dapat meningkatkan kefahaman terutamanya belia. Tambahnya lagi, dengan penyerahan dana ini, dapat menjadi perangsang serta membuka mata syarikat-syarikat yang lain bagi menghulurkan bantuan kemanusiaan.
MyCorps bakal menjalankan misi mereka yang pertama di Lubnan yang diketuai Mohd Lutfi Hafifi Japili dan dua rakannya. Mereka dijangka bertolak pada akhir Februari ini dan akan berada di sana selama dua minggu.
“Misi ini merupakan antara sepuluh misi yang bakal dilaksanakan secara berperingkat selama setahun di dalam dan luar negara”.Ujar Mohd Lutfi Hafifi.
Menurut beliau lagi, program ini bertujuan bagi memberi pendedahan tentang kepentingan pendidikan kepada kanak-kanak, golongan belia dan wanita. Misi ini juga turut dijalankan di Malaysia khususnya bagi program khidmat masyarakat di perkampungan Orang Asli.
Selain itu, misi seumpama ini dapat membawa nama Malaysia ke arah yang lebih membanggakan dalam merealisasikan semangat Satu Malaysia dalam setiap perkara dengan saling tolong-menolong atas sifat dan nilai kemanusiaan.
Sebelum melaksanakan misi ini, kumpulan sukarelawan MyCorps terlebih dahulu menghadiri latihan serta kursus intensif melibatkan latihan secara berpasukan, kepimpinan kesukarelaan dan pelbagai lagi bagi menyiapkan diri mereka dalam setiap misi yang disertai.
Turut hadir di majlis tersebut, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Wasitah Haji Mohd Yusuf, Pegawai-Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dan ahli-ahli MyCorps.
Disunting :Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korportat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0