
PUTRAJAYA KAWASAN SELAMAT UNTUK BERBASIKAL
Disediakan oleh : Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PUTRAJAYA, 3 Februari 2012: Individu serta orang ramai yang gemarkan aktiviti berbasikal diseru serta digalakkan untuk terus menjadikan Putrajaya sebagai destinasi pilihan untuk menjalankan aktiviti tersebut menurut Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim ketika ditemui selepas bersama-sama kira-kira 150 peserta dalam Program Putrajaya Fitness Night Ride di Lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini malam tadi.
Tambah beliau lagi, Putrajaya menyediakan kemudahan trek terbaik serta selamat untuk peminat aktiviti berbasikal, sama ada bagi tujuan riadah, latihan mahu pun pertandingan. Tambahan pula tidak banyak tempat yang menyediakan kemudahan bagi aktiviti tersebut seperti yang terdapat di sini.
Aktiviti kayuhan malam selama hampir dua jam dengan jarak kira-kira 20 kilometer melalui laluan berbasikal sekitar Putrajaya bermula di Menara KBS, Presint 4 melalui Pusat Sukan Air Presint 5, Pusat Konvensyen Putrajaya (PICC), Masjid Putra sebelum tamat di Menara KBS.
Program tersebut berjaya menarik penyertaan seramai 150 orang peserta terdiri daripada pegawai dan kakitangan KBS, peminat-peminat aktiviti berbasikal Putrajaya, dan atlet-atlet berbasikal paralimpik negara yang sedang dalam persiapan untuk menyertai Kejohanan Kejohanan Berbasikal Asia tidak lama lagi.
Menurut Dato’ Razali lagi, aktiviti berbasikal sebegini mampu menggalakkan penglibatan masyarakat dalam kegiatan sukan dan kecergasan dan seterusnya mempromosikan Putrajaya sebagai kota belia melalui program kecergasan dan berbasikal.
Kayuhan malam ini juga turut disertai bekas pelumba basikal negara M.Kumaresan dan jurulatih Datuk Ng. Joo Ngan.

Turut sama Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik), Dato’ Zaidon Haji Asmuni, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan (Sukan), Madzrib Ibrahim bersama Pengarah - Pengarah di Jabatan Belia dan Sukan Negeri (JBSN).
Mengulas mengenai kejadian kemalangan yang menimpa atlet berbasikal negara ketika sedang menjalani latihan di Putrajaya baru-baru ini, beliau menasihatkan kepada pengguna jalan raya di terutama di Putrajaya agar lebih berhati-hati dan memandu dengan kelajuan yang ditetapkan kerana bandar pentadbiran kerajaan ini turut dikongsi peminat-peminta sukan lain seperti berbsikal dan jogging yang sangat popular masa kini.
Beliau juga turut mencadangkan supaya pihak Perbadanan Putrajaya dapat menambah lebih banyak papan tanda untuk laluan berbasikal dan aktiviti-aktiviti lain supaya semua pihak akan lebih peka dan berhati-hati bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
Kejadian kemalangan tersebut perlu dijadikan iktibar. Walau bagaimanapun ianya tidak menghalang dan mematahkan semangat malahan aktiviti berbasikal sebegini akan diteruskan dengan meningkatkan ciri-ciri keselamatan. Orang ramai terutama peminat-peminat aktiviti berbasikal disaran untuk memenuhi cuti hujung minggu dengan aktiviti kecergasan seperti berbasikal di Putrajaya.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporatn KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0