KBS TURUT SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

Wednesday, 08 February 2012 10:14 UKK
Print PDF

 

KBS TURUT SEMARAKKAN SAMBUTAN MAULIDUR RASUL PERINGKAT KEBANGSAAN

 

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

PUTRAJAYA, 5 FEBRUARI 2012 -  Kontinjen Kementerian Belia dan Sukan (KBS) adalah di antara kira-kira 12,000 peserta yang mengambil bahagian di dalam Perarakan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1433 Hijrah yang diadakan di Masjid Putra di sini hari ini.

 

            Perarakan sejauh 2.4 kilometer bermula dari hadapan Istana Kehakiman, Presint 3 dan berakhir di Dataran Putra dengan pelbagai kategori kontinjen termasuk 32 motosikal berkuasa tinggi yang turut disertai peserta bukan Muslim.

 

            Sambutan yang turut dihadiri Yang Di Pertuan Agong dan Raja Permasiuri Agong, Perdana Menteri serta Timbalannya diakhiri dengan penganugerahan Tokoh Maulidur Rasul kepada sembilan pemenang termasuk seorang pelajar cacat angota yang mencapai keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.

 

            Kontinjen KBS yang disertai seramai 100 peserta diketuai Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, Mohd Ali Jabar dan beberapa Pegawai Kanan Kementerian ini. Dengan memakai baju melayu berwarna jingga, kontinjen KBS turut disertai seramai 30 kakitangan wanita. Tema sambutan tahun ini adalah “ Persefahaman Asas Perpaduan Ummah ”.

 

            Sementara itu di dalam titah perasmiannya, Yang Di Pertuan Agong, mahukan umat Islam di negara ini menzahirkan wawasan yang diamanahkan Allah melalui Al-Quran dan perlu menjadi tonggak memupuk semangat persefahaman, persaudaraan dan perpaduan sesama Islam dan bukan Islam supaya rangkaian sosial yang mantap dapat diwujudkan ke arah peningkatan daya saing dan daya tahan umat Islam sendiri.

 

            Titah baginda lagi, perjuangan Rasullulah selama 13 tahun di Mekah dan 10 tahun di Madinah telah berjaya mendidik, memimpin serta membawa umat Jahiliah berhijrah daripada kekufuran dan kejahilan kepada umat yang memiliki keimanan yang kental dan ketinggian ilmu yang membanggakan.

 

Disunting oleh : Idris Bin Hussin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Wednesday, 08 February 2012 10:19

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm