
15 NEGARA BERENTAP DALAM KEJOHANAN POWERLIFTING TERBUKA MALAYSIA 2012
Oleh : Hishamuddin Said (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KUALA LUMPUR, 5 FEBRUARI 2012 : Sebanyak 15 negara berentap untuk memenangi Kejohanan Powerlifting Terbuka Malaysia 2012 yang dianjurkan buat julung-julung kalinya oleh Persatuan Powerlifting Para Malaysia (PPPM) dengan kerjasama Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) dan Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia (KBS).
Majlis pembukaan kejohanan ini disempurnakan Menteri Belia dan Sukan Malaysia, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek, bertempat di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur di sini petang tadi.
Ketika merasmikan kejohanan ini, beliau berkata, semangat para atlet paralimpik ini seharusnya dibanggakan dan dihargai oleh kita semua dengan memberi sokongan padu dalam setiap kejohanan yang disertai sebagai mempromosikan sukan kelainan upaya ke peringkat yang lebih tinggi.
Tambah beliau lagi, pihak media seharusnya membuat liputan yang lebih meluas dan luar biasa dalam setiap kejohanan yang melibatkan atlet paralimpik ini bagi meningkatkan penglibatan lebih ramai atlet kelainan upaya bergiat aktif dalam sukan powerlifting.
Antara negara yang mengambil bahagian di dalam kejohanan kali ini ialah tuan rumah Malaysia, Thailand, Vietnam, Venezuela, Chile, South Africa, Papua New Guinea, Norway, Namibia, Korea, Kazakhstan, Jordan, Iran, Indonesia, dan Great Britain.
Seramai 75 peserta akan bertanding dalam sepuluh kategori mengikut berat badan yang telah ditetapkan. Malaysia menghantar tujuh orang atlet untuk dipertandingkan dalam kejohanan sulung ini.
Kojahanan tiga hari ini bermula 5 dan berakhir pada 8 Februari di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur manakala majlis penutup akan berlangsung di Hotel Grand Seasons, Kuala Lumpur pada 9 Februari atas tajaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Turut sama pada majlis ini, Presiden Powerlifting Malaysia, Kamaruzaman Kadir, Presiden Paralimpik Malaysia, Dato’ Zainal Abu Zarin, Exco- Exco Paralimpik dan Pegawai-Pegawai Kementerian Belia Dan Sukan (KBS). Majlis turut diserikan lagi dengan persembahan kumpulan kebudayaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dengan tarian Satu Malaysia yang cukup warna-warni.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0