
PARLIMEN BELIA BAKAL MENJADI KENYATAAN
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunkasi Korporat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PUTRAJAYA, 14 Februari 2012 - Parlimen Belia yang menjadi salah satu dari enam inistiatif yang diumumkan Perdana Menteri ketika sambutan Hari Belia 2011 lalu bakal menjadi kenyataan apabila simulasi persidangan pertama bakal diadakan April nanti.
Walaupun persidangan ini pada mulanya dirancang untuk diadakan di Parlimen bagi mendapatkan suasana sebenar persidangan, namun ia mungkin akan di adakan sama ada di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur atau di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kerana pada masa yang sama Dewan Rakyat sedang dalam peralihan untuk memulakan persidangan Dewan Negara.
“Kita akan memulakan langkah untuk merealisasikan inisiatif ini dalam bentuk Parlimen era baharu dengan mengambil model Parlimen Belia Australia. Perwakilannya bebas untuk bersidang dan isu – isu yang dibawa berkisar kepada pembanguna belia itu sendiri,” ujar Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN), Dato’ Borhan Dollah ketika di temui pemberita di lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
“Kita telah membuka tawaran kepada persatuan-persatuan belia seperti Majlis Belia Malaysia (MBM), wakil-wakil IPTA dan IPTS serta pihak-pihak berkenaan sehingga tarikh tutupnya semalam (13 Februari). Cuma seratus lebih sahaja dari 222 pencalonan yang menyatakan minat mereka untuk dipertimbangkan”.
Katanya lagi, KBS dan JBSN akan membuat penilaian terhadap calon-calon yang dikemukakan bagi memastikan mereka benar-benar sesuai dan mampu merealisasikan Parlimen Belia ini dengan berkesan.
Pada sidang media ini juga, Dato’ Borhan percaya wakil-wakil yang terpilih itu nanti boleh membahaskan isu-isu untuk membangun serta memartabatkan golongan belia di samping melihat kembali peranan belia dalam dunia yang semakin berkembang maju ini.
Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha ( Antarabangsa dan Pengurusan ), Datuk Jamil Salleh dan Setiausaha Politik kepada Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Dr. Junaidi Abd. Wahab.
Dato’ Borhan berkata, pihaknya akan melihat secara mendalam bagi memastikan pelaksanaan simulasi Parlimen Belia ini dapat diadakan mengikut jadual sebelum ia boleh dilaksanakan sepenuhnya awal tahun depan.
Disunting oleh : Idris bin Husin (Unit Komunikasi Korporat ,KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0