
PROMOSI IVOLUNTEER MENULAR KE SEKOLAH
Disediakan oleh : Nardiha Khairi (Bahagian Pembangunan Rakan Muda)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KUALA LUMPUR, 15 FEBRUARI 2012 - Seramai 200 orang pelajar telah mendaftar sebagai sukarelawan Ivolunteer sempena Program Minggu Sahsiah Cemerlang di Sekolah Menengah Kebangsaaan Yaakob Latif. Program yang dianjurkan oleh pihak Unit Bimbingan dan Kaunseling, SMK Yaakob Latif, Kuala Lumpur ini mendapat sambutan yang amat memuaskan dengan sejumlah bilangan pelajar yang menunjukkan minat untuk mendaftar sebagai sukarelawan Ivolunteer.
Selain daripada mempromosikan pendaftaran ivolunteer, Bahagian Pembangunan Rakan Muda turut diundang bagi menyampaikan ceramah Program Remaja Perdana Rakan Muda yang disampaikan oleh Puan Anfatny Rutel. Para pelajar didedahkan tentang bagaimana untuk menyertai aktiviti gaya hidup Rakan Muda di sekolah menerusi aktiviti ko-kurikulum di peringkat sekolah serta diiktiraf penglibatan mereka melalui skim pengiktirafan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM).
Selain itu, ceramah Crime Awareness Team turut disampaikan oleh Cik Rozana Roslan mendapat sambutan hangat daripada pelajar-pelajar yang berminat menyertai program tersebut. Program ini dapat membantu membuka minda para pelajar dalam usaha bersama-sama mengurangkan kadar jenayah menerusi program Crime Awareness Team (CAT).
Turut juga diadakan Pameran Program Rakan Muda dimana pelajar-pelajar boleh mendaftarkan diri sebagai ahli Rakan Muda seterusnya menyertai program-program anjuran Rakan Muda.
Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah (Unit Komunikasi Korporat)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0