
DARI KOTA BHARU KE KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Oleh: Siti Nooratikah Harun (Unit Komunikasi Korporat,KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
PUTRAJAYA, 16 FEBRUARI 2012 – Seramai 44 bakal guru dan tiga pensyarah dari Institut Pendidikan Guru (IPG) Kota Bahru, Kelantan mengadakan lawatan sambil belajar ke Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.
Rombongan yang di ketuai pensyarah kanan IPG, Mohd Ridzwan Che Harun di bawa melawat serta mendengar taklimat di Sekretariat Hari Belia Negara (HBN) di aras bawah Menara KBS sebelum berpeluang mendengar penerangan mengenai kementerian ini oleh Mohd Mu’azam Shah Abdul Mutalib dari Bahagian Pembangunan Belia.
Ahli rombongan seterusnya di bawa melawat ke beberapa aras di bangunan Menara ini antaranya kawasan lobi, bilik persidangan Aras 4, dan Gimnasium 1 Malaysia yang ditempatkan di aras satu.
Mereka kemudiannya mengadakan sesi soal jawab mengenai fungsi serta peranan KBS yang boleh diaplikasikan dalam kerjaya sebagai bakal-bakal pendidik. Peserta rombongan adalah penuntut dalam bidang Bahasa Melayu dan Matematik serta mengambil subjek elektif Pendidikan Jasmani. Sesi soal jawab ini di pengerusikan Penolong Pengarah Sukan Bermotor Kenderaan Empat Roda, KBS Mohd. Saipuddin Zakaria.
Pengarah Cawangan Kecergasan, Siti Aishah Yahya hadir sama bagi menerangkan tentang kepentingan sukan kepada belia-belia di Malaysia.
“Kesihatan itu penting dalam mewujudkan guru-guru yang berdaya saing dan pro-aktif dalam menjana minda anak muda pada era kini berlandaskan 1 Murid 1 Sukan,” ujarnya.
Program Lawatan Ilmiah Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani yang direncanakan ini bertujuan memahami dengan lebih mendalam tentang pengurusan dan pentadbiran dalam Pendidikan Jasmani dan amali sukan serta mengenal pasti matlumat daripada pelbagai sumber untuk memperolehi pemahaman yang lebih terperinci dalam Pendidikan Jasmani.
Menurut salah seorang peserta, Mohammad Raimi, 22, menyifatkan kunjungan buat pertama kali ini membawa seribu satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan di mana mereka dapat mengaplikasikan pengurusan yang dijalankan di KBS untuk dipraktikan sewaktu proses pengajaran kelak.
Tambahnya lagi, mereka juga dapat mengetahui cara mengendalikan sesuatu modul yang akan dilaksanakan kepada para pelajar.
“Kunjungan ini dapat memberikan input-input yang berkesan kepada bakal-bakal guru dalam melaksanakan tugas yang diamanahkan negara dalam melahirkan generasi intelek disamping aktif dalam bidang sukan yang dianjurkan oleh pihak kementerian amnya, “ sambungnya.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunukasi Korporat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0