
FORUM INDUSTRI SUKAN
“ERA SUKAN PROFESIONAL...BERSEDIAKAH KITA?”
Oleh: Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat,KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KUALA LUMPUR, 16 FEBRUARI 2012 – Sempena Tahun Industri Sukan 2012, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Fakluti Pendidikan Universiti Malaya (UM) dan Astro Arena telah membawakan satu Forum Indsutri Sukan bertajuk “Era Sukan Profesional...Bersediakah kita?”, bertempat di Auditorium Fakulti Pendidikan, UM Kuala Lumpur.
Forum tersebut telah membincangkan dan mengupas pelbagai isu dan agenda berkaitan pembangunan sukan negara yang sememangnya telah memberi impak kepada perkembangan Industri Sukan Negara.

Forum tersebut telah membariskan beberapa tokoh sukan dan sejarah tanah air yang pakar dalam bidang masing-masing iaitu, YBhg. Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim(Pakar Sejarah Negara), Encik Suhardi Alias (Majlis Sukan Negara), Encik Stuart Ramalingam (Ketua Pegawai Eksekutif, Malaysia Super League) dan Encik Megat Ahmad Kamaluddin Megat Daud (Universiti Malaya).

Menurut Prof. Emeritus Tan Sri Dato’ Dr. Khoo Kay Kim, Industri Sukan Negara masih lagi belum mencapai tahap profesional jika dibandingkan dengan zaman sekitar 1940-an sehingga 1960-an, atlet negara termasuk jurulatih tetap menghasilkan kejayaan cemerlang untuk negara walaupun mereka tidak dibayar elauan.
Encik Stuart Ramalingam berkata, usaha negara untuk menjadikan sukan satu industri akan mengambil masa yang lama jika pemikiran rakyat negara ini masih tidak berubah. Contohnya, Jika dilihat pada sokongan dan kehadiran peminat bola sepak ke stadium pada masa kini, kita jangkakan akan mengambil masa beberapa tahun lagi untuk mengembangkan industri sukan negara terutamanya dalam sukan bola sepak itu sendiri.
Forum tersebut yang dirakamkan oleh pihak Astro akan disiarkan pada bulan Mac 2012 di saluran 801 Astro Arena.
Disunting oleh:
Lizza Imelia M. Sulanah ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
imelia@kbs.gov.my
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0