NEGERI SEMBILAN SEBAGAI NEGERI PERTAMA ANJUR KARNIVAL BELIA

Monday, 20 February 2012 12:43 UKK
Print PDF

 

NEGERI SEMBILAN SEBAGAI NEGERI PERTAMA  ANJUR KARNIVAL BELIA

Oleh: Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat,KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

SEREMBAN, 17 FEBRUARI 2012 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek memuji kepimpinan persatuan belia Negeri Sembilan yang diketuai oleh Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan,  Wan Salwati Haji Abdullah yang bergerak pantas dan berjaya menjadikan negeri itu  sebagai negeri pertama menganjurkan karnival belia peringkat negeri pada tahun ini.

 

Dato’ Sri Ahmad Shabery ketika mengadakan program turun padang ke sana melahirkan rasa kagum beliau dengan sambutan karnival tersebut yang mempamerkan kesungguhan, semangat, kreativiti, keusahawanan dan inovatif anak-anak muda Negeri Sembilan dalam menyokong dan menjayakan program khas untuk belia-belia di negeri itu.

 

Beliau juga menyeru belia-belia agar menghargai dan bersyukur kerana berasa bertuah dengan pencapaian ekonomi Negeri Sembilan yang baik dan maju seterusnya mampu menyediakan  peluang pekerjaan yang banyak disamping pembangunan modal insan yang seimbang dengan pembukaan banyak bandar-bandar baru.

“Statistik pembangunan kemudahan sukan juga menunjukkan Negeri Sembilan antara yang negeri yang terbaik di negara ini dengan kejayaan  menyediakan dan menyiapkan sepenuhnya kemudahan 72 gelanggang futsal untuk golongan belia setempat ”, katanya lagi.

 

Karnival belia tersebut berlangsung dari  17 hingga 19 Februari 2012 yang disempurnakan perasmiannya oleh Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji. Hasan bertempat di Majlis Perbandaran Seremban. Kira-kira  100 ribu belia hadir pada karnival tersebut dengan menyediakan sebanyak Sembilan segmen utama yang merangkumi lebih 60 aktiviti yang berkonsepkan mesra belia.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunukasi Korporat KBS )

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Monday, 20 February 2012 13:09

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm