
LEBIH BANYAK PROGRAM UNTUK BELIA SARAWAK
Disediakan oleh : Yusfadhila Yunus (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KUCHING, 21 FEBRUARI 2012 – Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek mencadangkan supaya lebih banyak program untuk golongan belia Sarawak diadakan ketika mengadakan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Sarawak, Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud di pejabatnya di Wisma Bapak Malaysia di sini hari ini.
Antara program yang akan diberi perhatian adalah sukan massa yang semakin menjadi aktiviti kegemaran golongan belia terutamanya sukan futsal dan sebanyak 241 gelanggang futsal telah dibina di seluruh negeri itu bagi kemudahan peminat sukan tersebut.
Pertemuan yang berlangsung selama hampir satu jam itu turut menyatakan persetujuan pelaksanaan program yang memfokuskan kerjasama berlandaskan perpaduan kaum.
Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud yang turut bersependapat menyatakan bahawa setiap program yang ingin dilaksanakan perlu mempunyai hubungan rapat dan mampu menarik minat golongan belia itu sendiri agar dapat meningkatkan penyertaan mereka dalam aktiviti-aktivit anjuran Kementerian Belia dan Sukan khususnya.
Pada pertemuan tersebut, Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek turut memaklumkan pembinaan Pusat Kecemerlangan Akuatik Sarawak yang dibina untuk melatih dan melahirkan lebih ramai jaguh sukan renang.
Turut disentuh dalam pertemuan tersebut adalah berkaitan pembangunan bola sepak negara dan cadangan pembinaan padang bola sepak menggunakan rumput tiruan dengan anggaran kos sebanyak RM1 juta mengikut standard antrabangsa dan FIFA.
Menurut Dato’ Seri Ahmad Sahbery Cheek, walaupun kos pembinaannya tinggi, tapi ianya berbaloi kerana dapat menjimatkan kos penyelenggaraan dan tahan lebih lama untuk tempoh hampir 10 tahun berbanding padang rumput asli.
Mengiringi Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek dalam kunjungan hormat tersebut adalah Menteri Muda Sukan Sarawak, Datuk Dr. Lee Kim Shin,Menteri Muda Pembangunan Belia (Luar Bandar) dan Kemudahan Awam, Datuk Dr. Stephen Rundi, Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, Dato’ Mohid Mohamed.
Turut serta, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Dato’ Borhan Dollah, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara, Dato’ Zolkples Embong, Pesuruhjaya Sukan, Dato’ Mohd Yasin Mohd Salleh dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak, Mohd Selihin Haji Kachon.
Disunting oleh: Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0