
IKBN KINARUT ANJUR SAMBUTAN MAULIDUR RASUL 1433 HIJRAH
Oleh. Dayangku Rahimah Pangiran Hasan (Institut Kemahiran Belia Negara Kinarut)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KINARUT, 21 FEBRUARI 2012 - Sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat Insititut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Kinarut, Sabah telah berlangsung di Dewan Limau-Limauan IKBN Kinarut dengan penyertaan dari semua warga IKBN
Sambutan dimulakan dengan perarakan barisan pegawai dan kakitangan yang diketuai sendiri oleh Pengarah IKBN Kinarut, .Rosdi Sokri dan seterusnya diikuti oleh kontingen mengikut jurusan.
Sebanyak lapan jurusan yang menyertai perarakan ini yang terdiri dari Jurusan Pelukis Pelan Senibina, Jurusan Binaan Bangunan, Jurusan Elektronik Industri, Jurusan Audio Visual, Jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik, Jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Komersil, Jurusan Penjaga Jentera Elektrik dan Jurusan Pendawaian Elektrik.
Antara objektif program ini adalah untuk menarik minat golongan pelajar IKBN Kinarut untuk terlibat dalam aktiviti keagamaan, menunjukkan tanda ingatan terhadap Rasulullah S.A.W di samping dapat menghayati sunnah Nabi untuk dijadikan idola dan ikon warga belia hari ini.
Di antara pengisian lain sambutan kali ini ialah pertandingan sepanduk antara jurusan yang menyaksikan Jurusan Audio Visual memperoleh tempat pertama, manakala tempat kedua adalah Jurusan Penyejukbekuan dan Penyaman Udara Domestik dan tempat ketiga menjadi milik Jurusan Binaan Bangunan.
Ceramah agama yang berjudul "Jadi Seperti Muhammad S.A.W“ pula telah disampaikan oleh Haji Khairun Untuh daripada SIRIM Sabah manakala persembahan nasyid oleh kumpulan Sa'utul Ikhwan yang terdiri daripada pelajar pelbagai jurusan di IKBN Kinarut.
Seramai 432 orang yang terdiri daripada pelajar, pegawai dan kakitangan IKBN Kinarut turut serta dalam program ini.
Turut hadir Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan dan Hal Ehwal Pelajar, Azmi Ibrahim, Ketua Sekolah Elektrik, Mohd Riedzlan Sutrisno, Ketua Sekolah PPU, Ahmad Rithaudin Ibrahim, Ketua Sekolah Awam, Mohd Sophian Kandar, Ketua Sekolah Elektronik, Amad Acho, Ketua Cawangan Penyelarasan Kualiti, Mohd Yasser Ayob dan Ketua Unit Pengurusan, Saldi Maruji.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0