KBS BANTU SEMARAKKAN KARNIVAL MESRA BELIA 1 FELDA 1 MALAYSIA

Thursday, 23 February 2012 09:45 UKK
Print PDF

 

KBS  BANTU SEMARAKKAN  KARNIVAL MESRA BELIA 1 FELDA 1 MALAYSIA

Oleh: Siti Nooratikah Harun dan Nuraisyah Jamaluddin ( Unit Komunikasi Korporat, KBS) 

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it / This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

PUTRAJAYA, 22 FEBRUARI 2012- “Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan kerjasama Astro Broadcasting akan memberikan wajah yang lebih ceria dan keindahan kepada masyarakat Felda dengan satu penganjuran Karnival Mesra Belia melibatkan sepuluh  buah Felda yang terpilih” ujar Menteri Belia dan Sukan,  Dato’ Sri Ahmad Shabery Cheek hari ini.

 

            Katanya, berdasarkan kepada penganjuran dan gerak kerja di Sarawak sebelum ini telah membuka mata pihak Kementerian sekali lagi bagi menghasilkan satu lagi produk yang begitu berkesan untuk belia Felda amnya. Kementerian melihat dengan program yang berbentuk santai dan tidak terlalu formal lebih di minati oleh golongan belia dan ia juga dapat membuka ruang kepada belia untuk mengetengahkan bakat dan personaliti mereka.

 

            “Program ini adalah salah satu platform untuk menarik minat belia Felda bersama-sama untuk merealisasikan dasar-dasar negara seperti yang di uar-uarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak dalam usaha mengurangkan jurang hubungan dan hiraki masyarakat antara belia Felda dengan pemimpin yang menjadi faktor kepada pelaksanaan program ini,” ujarnya.

 

            “Disamping itu, ianya dapat menepis tohmahan bahawa kepimpinan negara tidak turun padang dan tidak memberi perhatian kepada belia Felda di peringkat akar umbi. Kementerian mensasarkan golongan belia seluruh negara khususnya golongan belia di Felda yang berumur 15 - 40 tahun, pemimpin-pemimpin setempat,penglibatan daripada persatuan-persatuan, NGO, badan kerajaan dan badan bukan kerajaan bagi mengikuti program ini,” sambungnya ketika merasmikan pelancaran Karnival Belia 1 Malaysia 1 Felda di lobi Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) di sini hari ini.

 

            Program ini akan dilaksanakan selama dua hari mengikut cuti bagi setiap negeri yang terlibat. Ia bermula pada jam 8 pagi dan berakhir pada pukul 11 malam. Pelbagai acara  akan diadakan antaranya pameran agensi kerajaan, pameran dan jualan syarikat swasta (Rakan Acara), aktiviti sukan, autoshow, aktiviti kebudayaan dan kesenian serta konsert artis-artis tempatan.

            Antara Felda yang terlibat adalah Felda Bukit Tangga, Alor Setar, Kedah, Felda Bukit Rasau 5 & 6, Kemaman, Felda Trolak Jaya, Wilayah Trolak Perak,  Felda Hutan Percha, Melaka, Felda Gua Musang, Kelantan, Bandar Pusat Jengka, Pahang, Felda Sahabat, Wilayah Sahabat, Sabah, Felda Raja Alias, Negeri Sembilan, Felda Sungai Behrang, Tanjung Malim, Perak  dan Felda Tasik Chini, Pekan, Pahang bermula Mac ini.

 

            Karnival ini disemarakkan lagi dengan barisan artis popular tanah air dengan bakal mengadakan persembahan pentas.

 

            Hadir sama pada pelancaran karnival ini,   Ketua Setiausaha KBS, Dato' Mohid  Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha  (Antarabangsa dan Pengurusan), Datuk Jamil Salleh, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (JBSN) Dato’ Borhan Dolah dan pegawai-pegawai kanan KBS.

 

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Thursday, 23 February 2012 09:48

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm