PROGRAM CABARAN KBS-ISN 2012 "JOM BERJALAN MALAYSIA"

Thursday, 23 February 2012 12:30 Bhg. Pemb. Sukan
Print PDF

 

 

PROGRAM CABARAN KBS-ISN 2012 “JOM BERJALAN MALAYSIA”

Oleh. Fazulia bt Zulkifli (Bahagian Pembangunan Sukan)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  

 

PUTRAJAYA, 22 FEBRUARI 2012 -  Program Cabaran KBS-ISN 2012 “Jom Berjalan Malaysia” kerjasama antara Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) yang berbentuk penyelidikan dan pendidikan telah berlangsung di Podium A, Menara KBS. Program yang mendapat sokongan penuh daripada Pengurusan Tertinggi KBS ini bermatlamat untuk meningkatkan keaktifan fizikal dan amalan gaya hidup sihat dikalangan warga kerja Kementerian Belia dan Sukan.

 

          Menurut Pegawai Projek program ini, Encik  Mohd. Uzaini bin Mohd. Sani, program ini bertujuan untuk menentukan tahap kecergasan aktiviti fizikal dan status kesihatan masing-masing. Program ini melibatkan 2 Fasa iaitu Pilot Study dan Main Study yang mana telah bermula pada 8 Februari 2012. Terdapat lebih daripada 120 orang peserta yang akan terlibat untuk Fasa 1 – Pilot Study  ini, iaitu pegawai dan kakitangan daripada Bahagian Pembangunan Sukan, Bahagian Pembangunan Belia, Bahagian Pembangunan Rakan Muda dan juga Bahagian Pembangunan Sumber Manusia.

 

Program Cabaran KBS-ISN 2012 “Jom Berjalan Malaysia” memerlukan peserta memakai pedometer yang merupakan peranti kecil yang mengukur bilangan langkah yang diambil setiap hari untuk tempoh tujuh hari termasuk hujung minggu. Sebelum itu, semua peserta akan diukur berat, tinggi, lilitan pinggang, panjang langkah dan tekanan darah untuk memperibadikan data yang dikumpul pada pedometer. Peserta juga akan dibekalkan dengan diari untuk merekodkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan sepanjang program. Peserta juga diminta untuk mengisi borang soal selidik tentang aktiviti harian, persekitaran tempat kerja, gaya hidup dan aktiviti fizikal serta sikap dan halangan kepada aktiviti fizikal.

 

          Maklumat yang direkodkan didalam pedometer akan disimpan dan akses hanya diberikan kepada individu atau AJK penyelidikan sahaja.Keputusan projek akan dibentangkan didalam laporan tetapi data kumpulan sahaja akan dilaporkan dan keputusan individu tidak akan didedahkan.

 

          Peringkat kedua dan ketiga program ini akan dilaksanakan bermula pada 12 Mac 2012 sehingga 2 Julai 2012 sebelum Fasa 2 - Main Study akan dimulakan.

 

Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Thursday, 23 February 2012 12:41

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm