KUNJUNGAN HORMAT MANTAP KERJASAMA DUA HALA

Wednesday, 04 July 2012 09:32 UKK
Print PDF

KUNJUNGAN HORMAT  MANTAP KERJASAMA DUA HALA

Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it  

 

PUTRAJAYA, 3 Julai 2012 – Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis, Dato’ Azizan Hamid hari ini mengetuai delegasi tujuh pegawai kerajaan negeri itu daripada jabatan dan agensi yang berkaitan  untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas Timbalan Ketua Setiausaha (Antarabangsa dan Pengurusan) Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Datuk Jamil Salleh di pejabatnya di sini hari ini.

 

            Di antara ahli delegasi lain yang menyertai kunjungan hormat ini ialah Pegawai Kewangan Negeri, Romli Dai, Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri, Fauziah Hashim, Pengarah Majlis Sukan Negeri, Muhd. Azahari Ramli dan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri  Abdul Haris Ishak.

 

            Datuk Jamil kemudiannya mempengerusikan perbincangan berhubungan peruntukan penganjuran Sukan Malaysia (SUKMA) ke 14 yang bakal diadakan di negeri Perlis tahun depan.

 

            Perbincangan dua hala ini turut disertai Setiausaha Pembangunan KBS, Kamaruddin Abdul Rani dan wakil dari Unit Perancangan Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri.

 

Disunting oleh : Idris Bin Husin (Unit Komunikasi Korporat, KBS)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 

Last Updated on Wednesday, 04 July 2012 09:49

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2013 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm