
IPPBM DIIKTIRAF ISO 9001:2008
Oleh: Mohd Nor Aimullah saleh (IPPBM)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
12 JULAI 2012 (KHAMIS) - SIRIM QAS International Sdn. Bhd telah mengesahkan bahawa Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia telah melaksanakan Sistem Pengurusan Kualiti iaitu (MS ISO 9001:2008) pada 25 Mei 2012 yang lalu.
IPPBM diiktiraf oleh SIRIM sebagai sebuah agensi penyelidikan dalam bidang pembangunan belia, bantuan dan sokongan penyelidikan dan juga penyebaran maklumat dan penyelidikan.
Ketua Pegawai Eksekutif IPPBM, Dr. Wasitah Hj. Mohd. Yusof telah menerima sijil pengiktirafan ISO ini dari YB Dato’ Sri Ahmad Shabery Bin Cheek, Menteri Belia dan Sukan semasa Majlis Perhimpunan Mesra Bulan KBS bagi bulan Julai 2012 yang lalu.
Menurut Dr. Wasitah, “Pengesahan kualiti berasaskan standard ISO yang diterima oleh IPPBM dari SIRIM bukan sahaja perlu dilihat oleh semua anggota IPPBM dari aspek pengiktirafan ke atas kualiti proses kerja 'core bussiness' IPPBM, tetapi juga cabaran ke atas kemampuan IPPBM untuk terus berusaha mengekalkan standard perkhidmatan dan sentiasa berusaha dan membuat penambahbaikan untuk terus menjadi sebuah institusi penyelidikan yang ungul”, katanya.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2013 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0