
DATO’ RAZALI SEMPURNAKAN MAJLIS PENUTUP MASUM 2012 FASA II
Oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
BATU PAHAT, 19 JULAI 2012 – Perasmian penutup Majlis Sukan Universiti Malaysia ( MASUM ) 2012 Fasa II berlangsung dengan jayanya dengan juara keseluruhan dimenangi oleh Univerisiti Teknologi Mara (UITM).
Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Razali Haji Ibrahim yang diadakan di Dewan Tunku Ibrahim Ismail, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) di sini hari ini.
Dato’ Razali dalam ucapan perasmiannya menekankan, Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) melalui penganjuran MASUM merupakan sumber utama dalam melahirkan atlet-atlet kebangsaan pada hari ini di samping kejohanannya yang bertaraf sukan kedua terbesar di Malaysia selepas Sukan Malaysia (SUKMA).
Beliau juga mengajak, para atlet MASUM agar menerapkan nilai “ Thinking Atlet ” dalam diri masing-masing iaitu kecemerlangan dalam bidang pendidikan hendaklah seiring dengan kejayaan dalam bidang sukan yang disertai oleh mereka bagi melahirkan atlet yang mampu lebih ke hadapan.
Sukan-sukan yang dipertandingkan pada MASUM 2012 Fasa II ialah sukan bola baling, sofbol, boling padang, hoki, pencak silat, ping pong, ragbi dan bola keranjang. Kejohanan tersebut telah disertai oleh 19 universiti awam di Malaysia.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat, KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2013 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0