
KEKALKAN KEAMANAN NEGARA MELALUI SIFAT KASIH SAYANG ANTARA KAUM
Oleh : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
KLUANG, 19 JULAI 2012 – Walaupun berbeza agama dan kepercayaan, rakyat di negara ini diminta untuk terus mengekalkan keamanan negara melalui sifat kasih sayang dan hormat-menghormati diantara satu dengan yang lain dan tidak mempunyai sifat prejudis dikalangan mereka.
“Setiap agama menuntut kita berbuat baik diantara satu dengan yang lain dan kita perlu menghormati kepercayaan dan budaya orang lain. Salah tafsiran akan menyebabkan timbulnya perasaan yang tidak selesa dan akhirnya menyebabkan kita berpecah. Jadi melalui dasar kerajaan yang ada seperti 1 Malaysia dan sebagainya akan merapatkan kita semua sebagai satu keluarga dalam negara ini,” ujar Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Senator Gan Ping Sieu ketika mengadakan ramah mesra dengan ahli-ahli Jawatankuasa Masjid Parlimen Kluang di Sekolah Rendah Agama Bersepadu di sini hari ini.
Katanya, pihaknya akan mengadakan program turun padang di sepanjang bulan Ramadhan ini bagi mendekati masyarakat Islam. Program-program seperti berbuka puasa dan bersahur misalnya akan diadakan dengan membabitkan pemimpin dan penduduk setempat.
“Saya sendiri akan bersama-sama untuk berbuka dan bersahur untuk mendekatkan diri dengan masyarakat Islam setempat dan merasai kedua-dua suasana itu dengan mereka,” ujarnya .
Pada majlis ini, Senator Gan menyampaikan sumbangan beras kepada 12 wakil masjid dalam Parlimen Kluang termasuk pengurusan Sekolah Rendah Agama Bersepadu itu.
Disunting : Muhammad Ariff Mat Jusoh (Unit Komunikasi Korporat, KBS)
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2013 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0