SARAWAK RANGKA PERSEDIAAN SUKMA 2016

Friday, 03 August 2012 09:04 Jab. Belia dan Sukan Negara
Print PDF

 

 

 

SARAWAK RANGKA PERSEDIAAN SUKMA 2016

Disediakan oleh : Nik  Zuriani Nik Mokhtar (JBS, Sarawak)

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

 


SARAWAK, 1 OGOS 2012 - Bersempena dengan Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pemantauan Pembangunan Negeri  (SMDC) Bil.2/2012 pada 1 Ogos 2012, YB Tan Sri Datuk Amar Haji Mohamad Morshidi bin Abdul Gani Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak telah melakukan lawatan turun padang ke Kompleks Belia dan Sukan Negeri Sarawak bagi meninjau kemudahan-kemudahan sukan yang terdapat di kompleks baru  tersebut.


Semasa lawatan  tersebut  YB Tan Sri Datuk Amar turut ditemani oleh Setiausaha Persekutuan Sarawak Datuk Hj Md  Yahya  bin Basimin  dan Pemangku Pengarah Belia dan Sukan Negeri Sarawak; Tuan Haji Razali Mohamad, semua Residen Bahagian dan semua Setiauasaha Tetap Kementerian Negeri.


Menurut YB Tan Sri Datuk Amar Haji Morshidi , Negeri Sarawak perlu melengkapkan diri dengan segala kemudahan sukan  bagi persediaan Sukan Malaysia (SUKMA) pada tahun 2016. Beliau mahu mewujudkan satu jawatankuasa khas   di antara Unit Pemantauan Perlaksana  Negeri , Kementerian Pembangunan Sosial  dan Jabatan Belia dan Sukan bagi membincangkan persediaan kemudahan sukan semasa Sukan Malaysia pada tahun 2016.


Sebelum itu, taklimat tentang Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sarawak telah disampaikan oleh Tuan Haji Razali bin Mohamad kepada YB Tan Sri Datuk Amar serta semua rombongan.

 


Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Friday, 03 August 2012 09:10

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2013 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm