TAHNIAH PASUKAN KONVENSYEN PERSEKITARAN BERKUALITI QE/5S 2012 IKBN ALOR GAJAH

Monday, 06 August 2012 16:06 Bah. Pemb. Kemahiran
Print PDF

 

TAHNIAH PASUKAN KONVENSYEN PERSEKITARAN BERKUALITI QE/5S 2012

IKBN ALOR GAJAH


Disediakan oleh : Yogeswaran a/l Seleappan, IKBN Alor Gajah

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

MELAKA, 1 OGOS 2012 - Tahniah kepada Pasukan Konvensyen QE/5S IKBN Alor Gajah diatas penyertaan dalam Konvensyen Amalan Persekitaran Berkualiti QE/5S Wilayah Selatan 2012 yang telah berlangsung di sini, baru-baru ini.

 


Antara objektif utama konvensyen ini adalah untuk memberikan ruang bagi berkongsi pengalaman di kalangan pelaksana Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) untuk meningkatkan kecekapan di tempat kerja, keberkesanan proses serta mempelajari amalan terbaik (best practices) pelaksanaan Amalan Persekitaran Berkualiti dari organisasi cemerlang. Konvensyen ini turut memberi pengiktirafan kepada organisasi yang melaksanakan Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) dengan cemerlang. Sistem Pengurusan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) adalah kaedah pengurusan sumber dalaman yang terhad secara optima bagi meningkatkan daya saing organisasi. Kaedah ini melatih pekerja menjadi lebih berdisiplin serta merancang pengurusan proses untuk mendapatkan hasil lebih berkualiti melalui penjimatan kos yang efektif.

 


Pasukan Konvensyen QE/5S IKBN Alor Gajah terdiri daripada Pengarah sendiri Encik Mohd Nizam Bin Ismail, Encik Yogeswaran Seleappan, Puan Shahrul Naimah Binti Zulkifli, Cik Nazifah Binti Muhamad Zubir, Encik Mohamad Ali Hafiz Ahmad, Encik Ahmad Bin Hj. Hashim, Puan Noraishah Binti Hashim (Pembentang), Encik Mohd Saeran Yaacob (Pembentang), Encik Mohd Zaid Shamir dan Encik Mohd Farihan Bin Nordin.

 


Di Konvensyen ini IKBN Alor Gajah telah dianugerahkan 2 Bintang (Anugerah Perak). Secara keseluruhan sebanyak 26 agensi telah menyertai Konvensyen QE/5S Wilayah Selatan pada kali ini. Pertandingan ini dianjurkan oleh pihak MPC bersama dengan pertandingan ICC. Buat julung kalinya IKBN Alor Gajah menyertai  kovensyen QE/5S tersebut dan mendapat pengalaman yang sangat berharga. Alhamdulillah, IKBN Alor Gajah berjaya mendapat pingat perak.

 


Menurut Pengarah IKBN Alor Gajah, Encik Mohd Nizam Ismail, “InsyaAllah pasukan Konvensyen IKBN Alor Gajah akan menggandakan lagi usaha dan strategi untuk mendapat pingat Emas pada tahun hadapan. DIharapkan agar penglibatan dalam konvensyen ini akan memberikan satu suntikan positif dalam melaksanakan Program 5S”.

 

 


Disunting oleh : Lizza Imelia M. Sulanah, Unit Komunikasi Korporat

This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it

Last Updated on Monday, 06 August 2012 16:10

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2013 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm