
TADARUS AL-QURAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN
Oleh : Nor Hashimah Md. Nor ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
norhashimah @kbs.gov.my
PUTRAJAYA, 6 OGOS 2012 - Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud,“Sebaik-baik kamu adalah orang yang membaca al-Quran dan mempelajari isi-isi kandungan ayat-ayat al-Quran itu (dan mengajarkannya kepada orang lain.”
Bersesuaian dengan maksud hadis di atas, Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) melalui Bahagian Sumber Manusia dengan kerjasama Puspanita KBS telah menganjurkan program Tadarus Al-Quran di kalangan pegawai dan kakitangan Kementerian ini bermula dari 23 Julai hingga 10 Ogos 2012 bertempat di Surau Menara KBS di sini.
Seramai 70 orang peserta terlibat dalam menjayakannya di bawah seliaan Ustaz Mohamad Tahir Kamis serta dibantu oleh Ustazah Analisa Abdul Samad. Program ini bertujuan untuk mengisi dan mengimarahkan bulan Ramadhan Al Mubarak serta membimbing peserta untuk menghayati dan memperbaiki teknik pembacaan mereka. Program ini dapat mempertingkatkan kerjasama di antara warga KBS.
Majlis Khatam Al-Quran peringkat KBS akan diadakan pada 10 Ogos nanti bertempat di surau Jabatan Penerbangan Awam (DCA) di sini. Majlis Ihya Ramadhan ini diadakan setiap tahun yang bertujuan untuk menghargai semua peserta yang terlibat. dan sebagai pengisian bagi mencari keberkatan di bulan yang mulia ini.
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2013 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0