JELI, 12 APRIL 2015 – Kecenderungan golongan belia terhadap aktiviti memancing menjadi titik tolak kepada idea penganjuran Cabaran Memancing Belia Kuala Balah yang dilaksanakan di Sungai Kuala Ketil, dekat sini pada 10 April lalu.

Program ini dilaksanakan Majlis Belia Daerah Jeli. Penganjurannya menjadi kenyataan apabila ADUN Kuala Balah, Datuk Aziz Derashid bersetuju memberikan sumbangan bagi melaksanakan cabaran memancing ini. Beliau dan isteri turut hadir menjayakan aktiviti ini melahirkan rasa terharunya dengan penyertaan lebih 200 peserta dari seluruh daerah Jeli.

Ketika diminta mengulas mengenai program ini, beliau menjelaskan bahawa adalah penting bagi pemimpin masyarakat sepertinya sentiasa berdampingan dengan rakyat khususnya golongan muda agar hubungan di antara pemimpin tempatan dan masyarakat sentiasa terjalin erat. Melalui program ini katanya, beliau berpeluang mendekati golongan muda dan seterusnya menyampaikan aspirasi kerajaan.


Oleh: Ismafardi Ismail (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jeli)

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Go to top