Powered by google translatorTranslate

 
Informasi Umum

 

MAJLIS PELANCARAN PROGRAM PERANTIS PERINGKAT KEBANGSAAN 2009

 

 

 

Tarikh Terima : 23/03/2009

 

Y.B TUAN WEE JECK SENG TIMBALAN MENTERI BELIA DAN SUKAN

 

Y.BHG DATO’ MOHD YASIN BIN MOHD SALLEH KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN

Y.BHG DATO’ HJ. FATHUL RAZI BIN HJ. BAKRI KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA

Y.BRS. EN. MADZRIB BIN IBRAHIM TIMBALAN KETUA PENGARAH BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA

Y.B DATO’ SHAMSUL ANUAR BIN HJ. NASARAH PRESIDEN MAJLIS BELIA MALAYSIA

DIF-DIF KEHORMAT, PEGAWAI-PEGAWAI KANAN KERAJAAN

BARISAN EXCO DAN DEWAN TERTINGGI MAJLIS BELIA MALAYSIA

PEMIMPIN DAN AHLI PERTUBUHAN BELIA DI SEMUA PERINGKAT DAN

SETERUSNYA DATO’-DATO’, DATIN-DATIN, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA SELURUH WARGA BELIA YANG DIKASIHI SEKALIAN.

1. ALHAMDULILLAH, SAYA BERSYUKUR KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN IZIN-NYA KITA DAPAT BERSAMA-SAMA DALAM MAJLIS YANG BESAR MAKNANYA, DALAM USAHA KITA MEMBENTUK GENERASI PEWARIS YANG BERTANGGUNGJAWAB DAN AMANAH BAGI MEWARISI KEPIMPINAN NEGARA DI MASA HADAPAN.

2. SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA KHUSUSNYA KEPADA BAHAGIAN PEMBANGUNAN BELIA ATAS INISIATIF UNTUK MERANCANG DAN SETERUSNYA MELAKSANAKAN PROGRAM SATU SUARA: SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN INI.

3. BAGI KBS DAN KERAJAAN, USAHA PEMBANGUNAN GENERASI BELIA YANG BERJUMLAH 11.1 JUTA ORANG BUKANLAH SATU USAHA YANG MUDAH TETAPI IANYA BOLEH DIPERMUDAHKAN JIKA SEMUA BELIA MENGANGGOTAI PERTUBUHAN BELIA YANG TELAH DI WUJUDKAN SAMA ADA DI PERINGKAT KAMPUNG, DAERAH, NEGERI ATAU DI PERINGKAT KEBANGSAAN.

4. INI KERANA PERTUBUHAN BELIA ADALAH MEKANISMA TERBAIK BAGI KERAJAAN UNTUK MENDAMPINGI DAN SETERUSNYA MEMBANGUNKAN GENERASI BELIA INI SAMA ADA DALAM BENTUK PEMBANGUNAN KEMAHIRAN SOSIAL SEPERTI KOMUNIKASI, PEMBENTUKAN PERWATAKAN DAN IMEJ KENDIRI ATAU PEMBANGUNAN KEMAHIRAN TEKNIKAL.

DATO’-DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

5. BERDASARKAN KEPADA HAKIKAT TERSEBUT, KBS PADA HARI INI AKAN MELANCARKAN KEMPEN SATU SUARA: SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN DENGAN SASARAN UNTUK MEWUJUDKAN PERSATUAN BELIA DI SELURUH KOMUNITI MASYARAKAT TERUTAMANYA DI KAWASAN-KAWASAN YANG MENJADI TUMPUAN BELIA.

6. KEMPEN YANG AKAN BERMULA PADA HARI INI BUKAN HANYA TERTUMPU DI BANDAR-BANDAR BESAR SAHAJA TETAPI TURUT AKAN DIRASAI SEHINGGA KE KAWASAN-KAWASAN PEDALAMAN KERANA KBS AKAN MENGGUNAKAN SEMUA MEKANISMA YANG ADA UNTUK MENJAYAKAN KEMPEN INI SAMA ADA MENERUSI PEJABAT BELIA DAN SUKAN DAERAH MAHUPUN PERSATUAN-PERSATUAN BELIA YANG SEDIA WUJUD DI PERINGKAT AKAR UMBI ATAUPUN MENERUSI MEDIA MASSA.

7. KEMPEN YANG AKAN DIADAKAN SECARA BERTERUSAN SEPANJANG TAHUN INI BERTUJUAN UNTUK :

I. MEREALISASIKAN HASRAT KERAJAAN KHUSUSNYA KBS BAGI MENARIK BELIA SERAMAI 1 JUTA MENYERTAI PERSATUAN BELIA MENJELANG AKHIR TAHUN 2009.

II. MEMPERKASA PEMBANGUNAN GOLONGAN BELIA DENGAN MENJADIKAN PERSATUAN SEBAGAI BATU LONCATAN KERANA MELALUI PERSATUAN PELBAGAI PENGISIAN KE ARAH MELAHIRKAN BELIA YANG BERBUDAYA MALAYSIA DAN BERFIKIRAN GLOKAL MAMPU DILAHIRKAN.

III. MENGAKTIFKAN PERSATUAN BELIA YANG SEDIA ADA.

IV. UNTUK MENGAWAL BELIA TERUTAMA DALAM MENGHADAPI CABARAN DUNIA GLOBAL. PERSATUAN BELIA AKAN MENJADI PERANTARA KEPADA KERAJAAN DALAM MENYAMPAIKAN AGENDA DAN DASAR KERAJAAN MASA KINI.

V KEWUJUDAN PERSATUAN BELIA JUGA DAPAT MEMBANTU KEMENTERIAN KHUSUSNYA DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM-PROGRAM PEMBANGUNAN DAN AKTIVITI DENGAN LEBIH TEPAT DAN MENEPATI KEHENDAK BELIA MASA KINI.

8. BAGI MENJAYAKAN KEMPEN INI, KBS MENSASARKAN GOLONGAN BELIA BERUMUR 15 TAHUN HINGGA 40 TAHUN SEBAGAI KUMPULAN SASARAN UTAMA. BAGI MENJAYAKAN KEMPEN YANG DILANCARKAN PADA HARI INI BEBERAPA AKTIVITI TELAH DIKENALPASTI UNTUK DILAKSANAKAN. ANTARANYA IALAH:

I. GERAK DAFTAR PERTUBUHAN BELIA (ROY). KONSEP TURUN KE AKAR UMBI INI DIYAKINI AKAN LEBIH BERKESAN UNTUK MENJELASKAN KEPADA BELIA AKAN KELEBIHAN JIKA MEREKA MEMPUNYAI PERSATUAN DAN MENJADI AHLI KEPADA PERSATUAN BELIA TERSEBUT.

II. BANTUAN/INSENTIF PENUBUHAN PERSATUAN BARU. BANTUAN/INSENTIF PENUBUHAN PERSATUAN YANG BARU SEBANYAK RM1,000.00 AKAN DIBERIKAN KEPADA SETIAP PERSATUAN YANG TELAH MENDAPAT KELULUSAN DAN SIJIL PENDAFTARAN DARIPADA PENDAFTAR PERTUBUHAN BELIA.

III. SUKAN ANTARA PERSATUAN JUGA AKAN DIADAKAN DALAM USAHA MEMBUKTIKAN KEPADA BELIA AKAN KELEBIHAN MENYERTAI PERSATUAN BELIA.

IV. CETAKAN DAN EDARAN BAHAN PROMOSI BERKAITAN KEMPEN “SATU KOMUNITI, SATU PERSATUAN” TURUT DILAKSANAKAN SEPANJANG TAHUN 2009.

V. KERJASAMA ANTARA AGENSI / ‘SMART-PARTNERSHIP’ AKAN DILAKSANAKAN ANTARA AGENSI–AGENSI KERAJAAN SETEMPAT, PERSATUAN BELIA SEDIA ADA, PEMIMPIN–PEMIMPIN MASYARAKAT SETEMPAT UNTUK MENGHEBAHKAN BAHAN PROMOSI INI KE PERINGKAT AKAR UMBI.

VI. PENGGUNAAN MEDIA ELEKTRONIK SEPERTI RADIO BELIA. ANTARA KANDUNGAN BAHAN PROMOSI SEPERTI PROSES PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN PERSATUAN, KELEBIHAN BERPERSATUAN, AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIANJURKAN PERSATUAN AKAN MENJADI ELEMEN YANG DITUMPUKAN DALAM BAHAN PROMOSI INI.

DATO’-DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

9. DIHARAPKAN DENGAN TERLAKSANANYA PROGRAM INI, IMEJ PERSATUAN BELIA YANG DILIHAT SEBAGAI ’LESU’ AKAN DAPAT DIKIKIS DAN SETERUSNYA DIANGKAT MARTABAT SEBAGAI AGEN UTAMA DALAM MENJANA PEMIKIRAN DAN PEMBANGUNAN BELIA DI PERINGKAT AKAR UMBI KHUSUSNYA BAGI MELAHIRKAN GOLONGAN BELIA YANG MEMPUNYAI ’FIRST CLASS OVERVIEW’.

10. SELAIN ITU, SAYA PERCAYA MENERUSI KEMPEN INI ORGANISASI BELIA PERLU DIGERAKKAN DENGAN CARA YANG LEBIH DINAMIK DAN KOMPREHENSIF. SATU ANJAKAN PARADIGMA PERLU DILAKSANAKAN AGAR KEDUDUKAN PERTUBUHAN BELIA TIDAK TERUS STATIK SEBALIKNYA MENJADI LEBIH DINAMIK DAN BERKESAN SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN DAN BELIA.

DATO’-DATO’, TUAN-TUAN DAN PUAN-PUAN SERTA SAUDARA-SAUDARI SEKALIAN

11. AKHIR SEKALI MENJADI HASRAT KBS SUPAYA KEMPEN INI AKAN DISAMBUT BAIK OLEH SEMUA PIHAK DAN SETERUSYA AKAN BERUSAHA SECARA BERSAMA BAGI MEREALISASIKANNYA. UNTUK ITU DENGAN LAFAZ BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM SAYA MELANCARKAN KEMPEN:

SATU SUARA: SATU KOMUNITI SATU PERSATUAN

SEKIAN, TERIMA KASIH.

 

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman | Soalan Lazim

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:

Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

Hakcipta Terpelihara © 2014

Hubungi Kami Hubungi Kami

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000
Fax : 03-8888 8770
Info : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

mygov msc tourism mampu ekl pemudah jkjr hrmis  

institut integriti malaysia bahagian pengurusan hartanah JPM MyIdeas e-Pembelajaran Sektor Awam Komuniti Kita KEtua Setiausaha Negara Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Red Oranges Green Purple Pink

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction