my gb
IntranetKBS // Webmail

MAJLIS TAHLIL DAN DOA SELAMAT SEMPENA SAMBUTAN ULANGTAHUN IYC KE-27 TAHUN

KUALA LUMPUR, 17 APRIL 2015 – Pusat Belia Antarabangsa (IYC) yang menyambut Hari Ulang tahun yang ke-27 dengan mengadakan Majlis Tahlil dan Doa semalam di Bilik Bunga Raya, IYC  melibatkan kakitangan dan penyewa-penyewa IYC.  

Majlis diketuai Pegawai Bahagian Dakwah, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Ustaz Mohamad Afandi Che Harun. Pengurusan IYC berharap semoga segala usaha dan impian sebagai sebuah pusat keilmuan dan pembangunan belia akan tercapai dan mendapat keberkatannya. Majlis turut dilengkapkan dengan solat Asar berjemaah di surau IYC.  

Majlis ini secara tidak langsung dapat mengeratkan silaturahim di kalangan kakitangan dan penyewa-penyewa di samping berperanan dalam memajukan pembangunan IYC.  

Oleh: Dewi Yusmalaila binti Muhamad ( IYC Kuala Lumpur )
iyckl.dewi@gmail.com

Disunting : Hazila binti Kamaruddin ( IYC Kuala Lumpur )

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Terima kasih atas sokongan dan penglibatan anda dalam menjayakan FBP 2015

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.