TAKLIMAT RURAL BUSINESS CHALLENGES (RBC)

BANDAR PENAWAR, 19 April 2015 – Pelajar dan pegawai di Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN) Bandar Penawar telah dijemput untuk menghadiri taklimat berkenaan Rural Business Challenges (RBC) yang dianjurkan KEJORA disini baru-baru ini. Taklimat ini dibuka kepada semua pelajar pengajian tinggi di Bandar Penawar. Seramai 41  pelajar dan tiga pegawai IKBN Bandar Penawar  menghadiri taklimat ini yang diadakan di Dewan Bandaran KEJORA.

Taklimat ini juga dihadiri pelajar dari INSTEDT dan Kolej Komuniti. Taklimat RBC ini menerangkan tentang peluang-pelaung perniagaan yang boleh diceburi oleh golongan belia. Taklimat ini telah disampaikan oleh Dr. Uwais Abdullah. Beliau juga menerangkan bagaimana cara untuk membuat kertas kerja rancangan perniagaan. Taklimat ini diadakan dari jam 8.00 pagi dan berakhir jam 2.00 petang. Seain itu, IKBN Bandar Penawar juga terlibat mengadakan pameran promosi untuk program ini.

Oleh : 
Norashikin Bte Rambat ( IKBN bandar Penawar )
Foto :  Noordiana Binti Mohamed Salleh
 
Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov,.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa kami di Hari Sukan Negara 2017.
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable