my gb
IntranetKBS // Webmail

KLINIK GRAFITI Y-CENTRE

MELAKA TENGAH, 6 MEI 2015 – Klinik Grafiti Y-Centre Kementerian Belia dan Sukan (KBS) Pusat Transformasi Bandar (UTC) Melaka telah dilaksanakan baru-baru ini bagi memberi pendedahan dan peluang kepada golongan remaja untuk meluahkan karya seni dan kreativiti mereka dengan cara yang sihat.

Program ini dianjurkan Y-Centre KBS UTC Melaka dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Daerah Melaka Tengah, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Terendak, Sungai Udang dan Persatuan Penduduk Taman Seri Duyong 3.

Para pelajar ini didedahkan dengan teknik membuat graffiti oleh pengajar yang berpengalaman. Pelbagai aksi dan idea telah dikeluarkan  para pelajar yang mengikuti klinik ini. Bagi menghargai mereka, hasil kerja mereka  dinilai dan diberikan markah untuk mencari yang terbaik. Melalui klinik dan program seperti ini, para remaja dapat menghasilkan idea dan bermain dengan kreativiti mereka dengan cara yang sihat.  


Oleh:
Mohd Khasyimi Bin Abd Kadir, PBSD Melaka Tengah
Disunting :
Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

Festival Belia Putrajaya

 
Terima kasih atas sokongan dan penglibatan anda dalam menjayakan FBP 2015

Hari Sukan Negara

 
Sertai kami di Hari Sukan Negara akan berlangsung pada 10 Oktober 2015.