SI CILIK BERSENAMROBIK

PASIR MAS, 25 MEI 2015 – Comel dan menawan hati. Itulah yang dapat digambarkan apabila si cilik iaitu pelajar-pelajar Sekolah Kebangsaan Gelang Emas menyertai acara Senamrobik Komuniti FitMalaysia yang diadakan sempena Majlis Penutup Program Semarak Komuniti 1 Malaysia Daerah Pasir Mas yang dilaksanakan pada 22 hingga 23 Mei  lalu di Padang Sekoleh  Kebangsaan Gelang Mas,dekat sini.  

Kira-kira 100 peserta menyertai acara senamrobik yang bermula jam 8.30 pagi dan berakhir sekitar 9.30 pagi yang diketuai instruktor kecergasan senamrobik, Rohana Harun.  

Walaupun kelihatan agak sukar bagi si cilik mengikuti rentak dan gerakan senamrobik tetapi mereka tetap berusaha dan bergembira. Turut sama bersenamrobik ialah belia serta masyarakat setempat di Gelang Mas.  

Oleh: Zaharuddin Zainal (Pejabat Belia dan Sukan Daerah Pasir Mas)
 
Disunting : Razali Haji Mohamed Yassin (Unit Komunikasi Korporat KBS)


BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable