Development Division

Friday, 15 October 2010 09:25 administrator
Print PDF
Maklumat Am | Carta Organisasi | Cawangan-Cawangan
MAKLUMAT AM

Misi

Mengurus projek pembangunan fizikal/bukan fizikal dan perolehan peralatan mengikut keperluan end user dalam tempoh yang ditetapkan dengan mematuhi piawaian pengurusan projek/program dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.

Objektif

- Fizikal
Merancang, melaksanakan, memantau dan menyerah projek pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan mematuhi garis panduan, pekeliling Agensi Pusat/Jabatan teknik dan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa selaras dengan dasar keutuhan dan integriti kerajaan.

- Bukan Fizikal
Memantau dan menyelaras program pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan mematuhi garis panduan dan pekeliling Agensi Pusat peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa selaras dengan dasar keutuhan dan integriti kerajaan

Fungsi

  1. Merancang, melaksana, memantau pelaksanaan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
  2. Menguruskan peruntukan pembangunan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
  3. Bekerjasama dengan agensi-agensi pusat bekaitan hal ehwal projek dan peruntukan pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)
  4. Mengkaji semula pelaksanaan projek pembangunan di dalam kajian separuh penggal pada pertengahan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).
  5. Mengurus dan menyelaras hal ehwal tanah untuk projek pembangunan.
  6. Menyelaras maklumat pelaksanaan projek kementerian di dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II)

Piagam Pelanggan

Kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta memberi layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji :

CAWANGAN PEMBANGUNAN

Mengamalkan budaya kerja yang cekap dan berkesan dari aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyerahan projek-projek pembangunan Kementerian Belia Dan Sukan.

CAWANGAN PENGURUSAN

-  Unit Kewangan
Mengurus pembayaran ke atas semua tuntutan kemajuan/pembekalan perkhidmatan/peralatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh terimaan tuntutan di cawangan ini.
Menyalurkan waran peruntukan kepada semua jabatan/bahagian/agensi dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dengan memastikan peraturan kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi.

- Unit Pentadbiran
Pengurusan pentadbiran bahagian iaitu mengurus dan menyelia urusan perkhidmatan dan pejawatan pegawai dan kakitangan Bahagian dengan Bahagian Pengurusan Sumber di Kementerian.
Menguruskan inventori, verifikasi stok, pelupusan dan hapus kira aset di bahagian, Pengurusan fail bahagian dan juga Kenderaan Jabatan yang dibawah seliaan Bahagian

CAWANGAN TEKNIKAL

Memberi nasihat dan menjalankan audit teknikal ke atas semua projek-projek pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT), pelantikan perunding dan Pentadbiran Kontrak


* Sumber dari : Bahagian Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Tarikh Kemaskini: 15 November 2011
Last Updated on Thursday, 17 November 2011 13:37

Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer

Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

Best viewed with resolution 1280 x 1024 using
Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Version 3.0

myGovernmentmampumsctourism malaysia
eklpemudahjkjrhrmis
institut integriti malaysiabphmyideasepsa
sprkomuniti kitaksnprpm