LATAR BELAKANG
Bahagian Hubungan Antarabangsa sebelum ini menjalankan fungsi sebagai sebuah Cawangan di bawah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik. Pewujudan Bahagian Hubungan Antarabangsa memperkukuhkan lagi peranan yang dimainkan oleh Cawangan Antarabangsa sebelum ini.
Di Kementerian Belia dan Sukan (KBS), program/aktiviti yang melibatkan hubungan antarabangsa turut dilaksanakan oleh Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (Cawangan Sosial), Majlis Sukan Negara dan Pusat Belia Antarabangsa.
Peranan Bahagian Hubungan Antarabangsa adalah berbeza daripada peranan bahagian/agensi lain di bawah Kementerian yang turut terlibat dalam program/aktiviti antarabangsa iaitu berperanan dalam mencetuskan hubungan kerjasama dengan organisasi antarabangsa dan negara luar agar kerjasama dua hala serta pelbagai hala dalam agenda pembangunan belia dan sukan dapat diperingkatkan.
OBJEKTIF
Sebagai ‘focal point’ dalam agenda pembangunan belia dan sukan di peringkat antarabangsa.
Menjalin hubungan kerjasama dua hala yang erat dengan negara-negara yang mempunyai wawasan, pemikiran, keupayaan serta hala tujuan yang sama dalam agenda pembangunan belia dan sukan.
Memantapkan hubungan kerjasama dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan di peringkat antarabangsa dalam agenda pembangunan belia dan sukan.
Bekerjasama dengan Kementerian / Agensi Pusat yang berperanan dan bertanggungjawab dalam penyelarasan dan pelaksanaan hubungan antarabangsa khususnya dalam bidang-bidang di bawah pengawasan Kementerian Belia dan Sukan.
MISI
Mempertingkatkan dan mengukuhkan kerjasama antarabangsa dengan organisasi kerajaan dan bukan kerajaan dalam pembangunan belia dan sukan.
VISI
Menerajui aktiviti jalinan hubungan antarabangsa dalam mempertingkatkan pencapaian cemerlang dan pengiktirafan belia dan sukan di peringkat antarabangsa.
FUNGSI
CAWANGAN ASEAN DAN PELBAGAI HALA
1. UNIT ASEAN
Menjadi urusetia dan focal point bagi ASEAN Ministerial Meeting on Youth (AMMY) dan ASEAN Senior Officials’ Meeting on Youth (SOMY), ASEAN Ministerial Meeting on Sport (AMMS) dan Senior Official Meeting on Sports (SOMSports)
Menyediakan nota ikhtisar dan nota percakapan untuk mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri seperti AMMY, SOMY, SOMS, ASEAN Summit, Mesyuarat Pemimpin-pemimpin ASEAN dan mesyuarat-mesyuarat lain yang berkaitan.
Menyelaras hal-hal yang berkaitan dengan Sekretariat ASEAN dan Rakan Dialog ASEAN menyediakan deraf terma rujukan, deraf pelan tindakan, ulasan.komen dan input berkenaan program-program yang berkaitan belia dan sukan di peringkat ASEAN.
Menyelaras penyertaan Malaysia dalam hal-hal berkaitan dengan belia dan sukan di peringkat ASEAN.
Mengkaji, melaksanakan dan memberi maklumbalas mengenai keputusan persidangan / lembaga kerja / kertas konsep di peringkat ASEAN.
Menyelaras penyertaan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan agensi terlibat untuk menghadiri bengkel, kursus, seminar dan mesyuarat di peringkat ASEAN.
Membuat kompilasi laporan-laporan berkaitan mesyuarat / program . kursus yang telah dihadiri di peringkat ASEAN.
2. UNIT PELBAGAI HALA
Bertindak sebagai focal point dan menyelaras penyertaan Malaysia dalam hal-hal berkaitan dengan belia dan sukan dalam semua pertubuhan serantau dan antarabangsa seperti ASEAN, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, SekretariatKomanwel, APEC dan OIC.
Mengkaji, melaksana dan memberi maklumbalas mengenai keputusan persidangan / lembaga kerja / pertubuhan serantau dan antarabangsa.
Menyelaras penyertaan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan agensi terlibat untuk menghadiri bengkel, kursus, seminar dan mesyuarat di peringkat antarabangsa.
Membuat kompilasi laporan-laporan berkaitan hal ehwal antarabangsa.
Menyediakan nota ikhtisar dan nota percakapan untuk mesyuarat-mesyuarat yang dihadiri di peringkat antarabangsa.
CAWANGAN HUBUNGAN ANTARABANGSA
1. UNIT HUBUNGAN DUA HALA
Menyelaras program lawatan kerja / mesyuarat / persidangan untuk Y. B. Menteri, Timbalan Menteri dan pegawai-pegawai kanan Kementerian Belia dan Sukan di luar Negara.
Menyediakan kertas kerja yang komprehensif berhubung dengan agenda yang melibatkan hubungan dua hala.
Menyelaras penglibatan KBS dalam program-program belia dan sukan antarabangsa.
Mengenalpasti program dan aktiviti jangka panjang / pendek dalam hal belia dan sukan dalam pertubuhan serantau dan di peringkat antarabangsa yang bermanfaat kepada Malaysia.
Menyelaras penyertaan pegawai-pegawai Kementerian Belia dan Sukan dan agensi menghadiri bengkel, kursus, seminar dan mesyuarat di peringkat antarabangsa.
Menyelaras penyediaan Memorandum Persefahaman (MoU) antara Negara yang melibatkan pembangunan belia dan sukan.
2. UNIT PERHUBUNGAN ANTARA AGENSI
Menyelaras peranan Bahagian Hubungan Antarabangsa dengan agensi-agensi seperti Kementerian Luar Negeri, MITI, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pelancongan dan sebagainya.
Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan program-program yang berkaitan dengan hal ehwal antarabangsa yang memerlukan penyelarasan.
Menyediakan maklumat / ulasan / nota ikhtisar / nota percakapan / nota terma rujukan mengikut keperluan dan permintaan agensi-agensi serta Kementerian berkaian.
Menyelaras perkara-perkara yang berkaitan dengan hal ehwal pentadbiran, kewangan dan pembangunan sumber manusia Bahagian Hubungan Antarabangsa.
Menyelaras penyediaan taklimat dan program bagi lawatan dan kunjungan delegasi Negara luar ke Kementerian Belia dan Sukan.
Menyelaras dan memantau program / bengkel/ persidangan anjuran agensi-agensi seperti MSN, ISN dan Jabatan Belia dan Sukan dalam bidang pembangunan belia dan sukan di peringkat dasar dan polisi.
Menyelaras pelaksanaan program-program belia dan sukan antarabangsa oleh Kementerian dan agensi-agensi.
Tarikh Kemaskini: 14 Jun 2011
Sumber: Bhg. Hubungan Antarabangsa, Kementerian Belia dan Sukan
Security Policy | Privacy Policy | Disclaimer
Copyright © 2012 All Rights Reserved
Ministry of Youth and Sports
KBS Tower, No 27 Persiaran Perdana, Precint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Best viewed with resolution 1280 x 1024 using ![]()
![]()
![]()
Version 3.0