PROMOSI KARNIVAL B...
PEGAWAI PENJARA SE...
PERHIMPUNAN MESRA ...
MENTER...
AKTIVITI JOGING ER...
YASIN DAN TAHLIL I...
Semakan Slip Peperiksaan Subjek Jabatan Klik>> selanjutnya
Tawaran Pengambilan Peserta Inisiatif MyCorps Siri 2 /2013 Klik>> selanjutnya
Penangguhan Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9
Adalah dimaklumkan bahawa tarikh Majlis Konvokesyen Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia Kali Ke- 9 yang dijadualkan pada 6 hingga 7 Mei 2013 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya telah ditunda pada tarikh 24 hingga 25 Jun 2013 di tempat yang sama.
Sebarang pertanyaan sila hubungi pihak urusetia ditalian 03 - 8871 3653
Sirkit Skuasy Jelajah Malaysia (SSJM) Klik>> selanjutnya
Aplikasi Mobile Parlimen Belia Malaysia Klik>> selanjutnya

KBS UMUMKAN SENARAI PENUH PASUKAN JELAJAH 1MALAYSIA
Disediakan oleh : Muhammad Ariff Mat Jusoh
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
PUTRAJAYA , 4 MEI 2012 – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan ( KBS ) , Dato’ Mohid Mohamed telah mengumumkan senarai penuh kesemua 20 pasukan yang akan bertanding di Kejohanan Berbasikal Jelajah 1Malaysia bertempat di Menara KBS, Putrajaya disini hari ini.
Kejohanan tahunan itu berjaya menarik penyertaan dari dalam dan luar negara yang akan beraksi pada Jelajah 1Malaysia yang dijadual bermula pada 8 Mei dan berakhir pada 13 Mei 2012 menerusi enam peringkat secara keseluruhan.
Sebanyak enam pasukan Continental Team, satu pasukan Kebangsaan, tujuh pasukan kelab, dan enam pasukan negeri yang akan mengambil bahagian dalam pertandingan yang berprestij itu. Dato’ Mohid mengucapkan tahniah kepada Persatuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia ( PKBM) selaku penganjur Jelajah 1Malaysia ini kerana berjaya menarik pasukan dari luar negara untuk turut mengambil bahagian tahun ini.
Beliau kemudiannya menyerahkan Jersi Kuning tajaan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia kepada pihak penganjur untuk kategori juara keseluruhan.
Senarai peringkat perlumbaan adalah seperti berikut:
Peringkat Pertama
8 Mei 2012 | 161.5km
Stadium Merdeka, Kuala Lumpur ke Bandar Baru Kampar, Perak
Peringkat Kedua
9 Mei 2012 | 201.8km
Bandar Baru Kampar, Perak ke Kulim, Kedah
Peringkat Ketiga
10 Mei 2012 | 168.8km
Kulim, Kedah ke Felda Chuping, Perlis
Peringkat Keempat
11 Mei 2012 | 98.5km
Kangar, Perlis ke Sungai Petani, Kedah
Peringkat Kelima
12 Mei 2012 | 193.4km
Sungai Petani, Kedah ke Ipoh, Perak
Peringkat Keenam
13 Mei 2012 | 199.5km
Ipoh, Perak ke Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Untuk keterangan lanjut berkenaan Jelajah 1Malaysia Sila kepautan di http://www.jelajahmalaysia.com.my/index.asp
Di sunting : Razali Haji Mohamed Yassin ( Unit Komunikasi Korporat KBS )
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya
Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian
Hakcipta Terpelihara © 2013
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000 Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my
Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:![]()
![]()
![]()
Versi 3.0