Powered by google translatorTranslate

Informasi Umum

KARNIVAL BOLA JARING KEBANGSAAN 2009

 

Tarikh Terima : 23/03/2009

ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH DAN SALAM SEJAHTERA.

 

DATO’ – DATO’, TUAN –TUAN DAN PUAN – PUAN YANG DIHORMATI SEKALIAN,

1. SAYA DIMAKLUMKAN BAHAWA KARNIVAL BOLA JARING KEBANGSAAN 2009 INI MERUPAKAN KARNIVAL PERTAMA YANG DIANJURKAN OLEH PERSATUAN BOLA JARING MALAYSIA (PBJM) SETELAH 30 TAHUN PBJM BEROPERASI.

2. SELAIN MEMPERTANDINGKAN ACARA UTAMA IAITU BOLA JARING, TERDAPAT PELBAGAI ACARA MENARIK SEPERTI SENAMROBIK BERAMAI-RAMAI, PENCARIAN BAKAT, PEMERIKSAAN KESIHATAN, PAMERAN DAN MARI MENCUBA AKTIVITI KECERGASAN, PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK, TEKA KACANG, BOLA DAN BERAS PULUT DAN JUGA CABUTAN NOMBOR BERTUAH.

3. OBJEKTIF PENGANJURAN KARNIVAL INI MENEKANKAN BEBERAPA ASPEK YANG SANGAT PENTING IAITU:

• MEMBERI PELUANG DAN RUANG KEPADA LEBIH RAMAI KAUM WANITA UNTUK BERGIAT CERGAS DALAM BIDANG SUKAN TERUTAMA DALAM SUKAN BOLA JARING.

• MENGCUNGKIL BAKAT DAN POTENSI YANG ADA DI KALANGAN MASYARAKAT KHASNYA BELIA.

• MEMPROMOSI PENGANJURAN KEJOHANAN BOLA JARING ASIA KE-7 TAHUN 2009 YANG AKAN DIADAKAN DI MALAYSIA.

• MENGGALAKKAN MASYARAKAT UNTUK MENGAMALKAN GAYA HIDUP AKTIF, CERGAS DAN BERSATU.

• MEMPERINGATI ULANGTAHUN PERSATUAN BOLA JARING MALAYSIA YANG KE 30 TAHUN.

HADIRIN DAN HADIRAT SEKALIAN,

4. KITA SEDIA MAKLUM, BAHAWA CORAK KEHIDUPAN PADA HARI INI SANGAT MENCABAR KECERGASAN DAN KESIHATAN DIRI KITA. KITA SENTIASA TERDEDAH DENGAN BUDAYA KERJA DAN PERSEKITARAN YANG TIDAK SELAMAT, KURANG SELESA DAN TIDAK SIHAT. KEADAAN SEUMPAMA INI AKAN MEMBERI IMPAK YANG NEGATIF KEPADA KEHIDUPAN SEHARIAN KITA.

5. OLEH YANG DEMIKIAN, KARNIVAL BOLA JARING KEBANGSAAN YANG DIADAKAN INI SEKURANG-KURANGNYA AKAN DAPAT MENGGALAKKAN PENGLIBATAN MASYARAKAT DI DALAM AKTIVITI SUKAN DAN KECERGASAN DAN MENERAPKANNYA SEBAGAI SATU AMALAN GAYA HIDUP SEHARIAN.

6. MASYARAKAT MALAYSIA PERLU SEDAR KEPENTINGAN BERSUKAN KEPADA FISIOLOGI, FIZIKAL, KESIHATAN DAN MINDA. MENGIKUT TEORI HIRARKI MASLOW, TAHAP TERTINGGI KEPERLUAN MANUSIA ADALAH KEPUASAN DIRI DAN SUKAN TERNYATA BOLEH DIJADIKAN SALAH SATU ELEMEN PENTING KEPADA PENCAPAIAN KENDIRI MANUSIA.

SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

7. SEPERTI YANG ANDA SEDIA MAKLUM, WALAUPUN SUKAN BOLA JARING TIDAK DISENARAIKAN SEBAGAI SALAH SATU DARIPADA ACARA DI DALAM SUKAN OLIMPIK DAN SUKAN SEA, NAMUN ITU TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA PIHAK PBJM DAN KBS UNTUK TERUS MEMAJUKAN ATLIT BOLA JARING MALAYSIA DI MANA PADA TAHUN LEPAS, PASUKAN REMAJA KITA TELAH BERJAYA MENDAPAT JOHAN DI KEJOHANAN BOLA JARING ASIA YANG DIADAKAN DUA TAHUN SEKALI. DAN YANG LEBIH MEMBANGGAKAN, PASUKAN REMAJA MALAYSIA INI TELAH MERANGKUL KEJUARAAN TERSEBUT UNTUK KALI YANG KETIGA BERTURUT-TURUT IAITU PADA 2004, 2006 DAN YANG TERBARU 2008. DENGAN KEJAYAAN ITU, MEREKA INI AKAN MEWAKILI MALAYSIA KE KEJOHANAN BOLA JARING REMAJA DUNIA YANG AKAN DIADAKAN DI COOK ISLAND.

8. TIDAK KETINGGALAN, PASUKAN SENIOR TELAH BERJAYA MERANGKUL NAIB JOHAN PADA KEJOHANAN BOLA JARING ASIA 2005. DAN PADA TAHUN 2007 PULA PASUKAN INI TELAH LAYAK UNTUK BERTANDING DI PERINGKAT DUNIA. KEJAYAAN DEMI KEJAYAAN YANG DITEMPA OLEH PASUKAN BOLA JARING MALAYSIA INI AKAN LEBIH BERMAKNA APABILA MALAYSIA TELAH DIPILIH UNTUK MENJADI TUAN RUMAH UNTUK KEJOHANAN BOLA JARING ASIA YANG KE-7 PADA BULAN JUN INI. IA MERUPAKAN SATU PENGHORMATAN YANG BESAR KEPADA MALAYSIA.

9. KERAJAAN MELALUI KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN SENTIASA MENYOKONG DAN MEMBERI BANTUAN KEPADA PIHAK PBJM YANG SENTIASA BERUSAHA UNTUK MEMAJUKAN SUKAN BOLA JARING KE PERINGKAT YANG LEBIH TINGGI DAN JUGA BERUSAHA UNTUK MENDAPATKAN TEMPAT DI DALAM SUKAN SEA. KEMENTERIAN JUGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM MENGGALAKKAN RAMAI GOLONGAN WANITA UNTUK BERGIAT AKTIF DIDALAM SUKAN BOLA JARING MELALUI PROGRAM-PROGRAM SUKAN SEPERTI LIGA SUKAN KOMUNITI, KEJOHANAN SUKAN ANTARA PERSATUAN BELIA YANG MANA SUKAN BOLA JARING MERUPAKAN SALAH SATU SUKAN YANG WAJIB DIPERTANDINGKAN.

SAUDARA DAN SAUDARI SEKALIAN,

10. ADALAH DIHARAPKAN, AGAR KARNIVAL INI DAPAT DITERUSKAN DARI SEMASA KE SEMASA BAGI MENCARI BAKAT-BAKAT BARU DI DALAM SUKAN BOLA JARING DI SAMPING MEMERIAHKAN LAGI PENGLIBATAN MASYARAKAT MALAYSIA DALAM BIDANG SUKAN DAN KECERGASAN DAN SETERUSNYA DAPAT MENGAMALKAN GAYA HIDUP YANG CERGAS DAN SIHAT SELALU.

11. SAYA JUGA BERHARAP SEMOGA KARNIVAL INI DAPAT MENARIK RAMAI PEMINAT BOLA JARING DI SELURUH MALAYSIA UNTUK BERSAMA-SAMA MENYERTAINYA DAN DENGAN PENGLIBATAN SEMUA PIHAK, KEJOHANAN BOLA JARING ASIA PADA BULAN JUN NANTI AKAN DAPAT DILAKSANAKAN DENGAN JAYANYA.

12. AKHIR KATA SAYA, SEMOGA OBJEKTIF KARNIVAL INI TERCAPAI UNTUK MEREALISASIKAN KEHIDUPAN YANG LEBIH BERKUALITI MELALUI AMALAN GAYA HIDUP YANG CERGAS DAN SIHAT.

SEKIAN, TERIMA KASIH.

Dasar Keselamatan | Dasar Privasi | Penafian | Peta Laman

Portal ini sesuai dipaparkan menggunakan resolusi 1280 x 1024 dan pelayar:

Internet Explorer 7.0Mozilla Firefox 3.0Chrome
Versi 3.0

Hakcipta Terpelihara © 2014

Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333/03-8871 3000
Fax : 03-8888 8770
Info : webmaster@kbs.gov.my

mygov msc tourism mampu ekl pemudah jkjr hrmis  

institut integriti malaysia bahagian pengurusan hartanah JPM MyIdeas e-Pembelajaran Sektor Awam Komuniti Kita KEtua Setiausaha Negara Malaysia Pusat Rujukan Persuratan Melayu Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia 

Template Settings

Color

For each color, the params below will give default values
Blue Red Oranges Green Purple Pink

Body

Background Color
Text Color

Header

Background Color

Footer

Select menu
Google Font
Body Font-size
Body Font-family
Direction