|
1.
|
Mengemaskini Portal KBS dalam masa tiga (3) jam bagi maklumat yang lengkap dan perlu tindakan segera atau tidak melebihi satu (1) minggu bagi maklumat peringkat biasa, dari tarikh penerimaan maklumat daripada Bahagian-Bahagian;
|
|
|
|
2.
|
Membangunkan sistem aplikasi berdasarkan keperluan pengguna dan skop kerja dalam tempoh tiga (3) bulan hingga dua belas (12) bulan bergantung kepada kerumitan skop perkhidmatan yang hendak diberi;
|
|
|
|
3.
|
Memproses permohonan kelulusan teknikal bagi Projek ICT
|
|
|
|
|
3.1.
|
Permohonan dibawa ke Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) KBS dalam tempoh dua (2) minggu selepas penerimaan bagi ulasan teknikal;
|
|
3.2.
|
Permohonan dibawa ke Jawatankuasa Pemandu ICT (JPICT) serta mendapat keputusan dalam tempoh tiga (3) bulan bagi projek ICT yang bernilai melebihi RM 50,000.00;
|
|
3.3.
|
Memberi ulasan teknikal dalam tempoh dua (2) minggu bagi permohonan projek ICT yang bernilai sehingga RM 50,000.00;dan |
|
3.4.
|
Mengemukakan permohonan kelulusan teknikal bagi projek ICT yang bernilai RM500,000.00 atau lebih bagi sistem aplikasi dan RM3 Juta atau lebih bagi peralatan ICT ke Jawatankuasa Teknikal ICT (JTICT) MAMPU dalam tempoh tidak melebihi dua (2) minggu setelah diluluskan oleh JPICT KBS. |
|
|
|
|
4.
|
Menyediakan persembahan multimedia dalam tempoh dua (2) hingga empat (4) minggu selepas maklumat dimuktamadkan;. |
|
|
|
5.
|
Pendaftaran Akaun Pengguna Baru Melalui Sistem Permohonan E-mel KBS Secara Atas Talian (online)
|
|
|
5.1.
|
Akaun pengguna akan didaftarkan ke dalam sistem dalam tempoh satu (1) hari selepas penerimaan permohonan melalui Sistem Permohonan E-Mel Kementerian Belia dan Sukan;
|
|
5.2.
|
Sistem akan mengaktifkan akaun pengguna dalam tempoh satu (1) hari selepas akaun didaftarkan; dan
|
|
5.3.
|
Makluman secara rasmi kepada pengguna akaun dalam tempoh tujuh (7) hari selepas akaun diaktifkan. |
|
|
|
|
6.
|
Aduan Dan Sokongan Teknikal |
|
|
6.1.
|
Respon melalui panggilan telefon/e-mel akan diberikan kepada setiap aduan yang diterima dalam tempoh tiga (3) jam; dan
|
|
6.2.
|
Menyediakan sokongan teknikal di lokasi aduan dalam tempoh tujuh (7) hari bekerja.
|
|
|
|
|
7.
|
Pembekalan Peralatan ICT |
|
Pengguna akan menerima peralatan dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh permohonan dengan syarat berikut:
|
|
|
|
|
7.1.
|
Mengikut garis panduan pengagihan peralatan ICT;
|
|
7.2.
|
Mengikut prosedur pergerakan harta modal;dan
|
|
7.3.
|
Peralatan adalah tersedia (perolehan telah dibuat). |
|
|
|
|
8.
|
Peminjaman Peralatan ICT |
|
Pengguna akan menerima peralatan satu (1) hari sebelum tarikh penggunaan dengan syarat berikut:
|
|
|
|
|
8.1.
|
Permohonan diterima tujuh (7) hari sebelum tarikh penggunaan;
|
|
8.2.
|
Mengikut prosedur pergerakan harta modal; dan
|
|
8.3.
|
Peralatan adalah tersedia (dalam simpanan). |
|
|
|
|
9.
|
Insiden Keselamatan (KBS CERT) |
|
|
|
|
9.1.
|
Memberi khidmat nasihat awal dalam tempoh satu jam pada waktu bekerja selepas menerima dokumen laporan insiden;
|
|
9.2.
|
Menyedia dan menghantar laporan analisis log kepada agensi dalam tempoh 30 hari selepas menerima fail log; dan
|
|
9.3.
|
Menyedia dan menghantar laporan imbasan kepada agensi dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas imbasan selesai.
|
|
|
|
|
10.
|
Perkhidmatan Rangkaian 1Gov*Net |
|
|
|
|
10.1.
|
Perolehan perkakasan dan perisian untuk rangkaian setempat (LAN) adalah masih mengikut tatacara perolehan ICT yang telah ditetapkan oleh KBS.
|
| 10.2. |
Bagi perluasan WAN, permohonan hendaklah dikemukakan kepada MAMPU. |
| 10.3. |
Ketersediaan Perkhidmatan Rangkaian adalah 99.3%. |
| 10.4. |
Khidmat sokongan bagi perkhidmatan rangkaian 1Gov*Net yang tergendala hendaklah tidak melebihi 4 jam sebulan, jika tidak LAD (Liquidated and ascertained damages) akan dikenakan. |
|
|
|