Syarat-syarat pencalonan adalah seperti berikut :-

  1. Calon mestilah warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang 15 hingga 40 tahun pada 15 Mei tahun 2019.
  3. Permohonan hendaklah dicalonkan dan disokong oleh pertubuhan / Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri yang berkenaan.
  4. Pemohon wajib mengemukakan perkara-perkara berikut :
    • Borang pencalonan
    • Resume
    • Kad pengenalan / Sijil Pendaftaran
    • Sijil / Dokumen pencapaian
    • Surat akuan / gambar / dokumen / sokongan
    • Profil lengkap beserta Compact Disk (CD)
    • Website/ Facebook/ Twitter (jika ada)
    • Laporan ringkas pencapaian
    • Lain-lain dokumen / sijil yang boleh menyokong pencalonan.
  5. Syarat-syarat tambahan;
  • Kategori Pertubuhan Belia 
    • Persatuan yang bergabung dengan Majlis Belia Malaysia, Majlis Belia Negeri, Majlis Belia Daerah dan persatuan yang diiktiraf sebagai persatuan belia ( Persatuan Tunggal).
    • Pencalonan turut dibuka kepada kelab-kelab belia yang berdaftar dengan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY).
    • Aktif dan mengemukakan MYKD kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Belia (ROY)
    • Menyertakan Perlembagaan Persatuan.
    • Melampirkan Laporan Tahunan Pertubuhan bagi 3 tahun terakhir termasuk tahun yang dinilai.
    • Hanya persatuan/pertubuhan yang telah menghantar MYKD tahun 2018 layak dicalonkan.
    • Hanya pemenang tahun semasa bagi setiap peringkat layak untuk menyertai penilaian peringkat seterusnya.
    • Pencalonan peringkat kebangsaan hendaklah johan peringkat negeri kecuali persatuan belia peringkat kebangsaan.
    • Persatuan yang telah mendapat Johan Kebangsaan, dibenarkan menyertai pertandingan berdasarkan kaedah merit.
    • Setiap persatuan yang bertanding, perlulah dikalangan persatuan-persatuan yang mempunya 'star rating' bertaraf sekurang-kurangnya tiga (3) bintang.
  • Kategori Individu (Lelaki/ Wanita)
    • Calon hanya dibenarkan bertanding 1 kategori sahaja.
    • Permohonan hendaklah disokong oleh Persatuan/ Pejabat Belia dan Sukan Daerah/ Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
    • Permohonan terbuka kepada semua belia (keutamaan diberi kepada individu yang menganggotai persatuan belia).
    • Calon yang pernah menjadi johan di peringkat kebangsaan dibenarkan untuk bertanding berdasarkan kaedah merit.
  • Klik untuk borang permohonan 
  • Setiap pencalonan hendaklah melalui borang yang disediakan dan dimajukan kepada Urusetia Anugerah Perdana Belia Negara.
Go to top