SAMBUTAN HARI KESUKARELAWANAN MALAYSIA

OBJEKTIF

1.1 Menyemarakkan lagi Sambutan Hari Sukarelawan Antarabangsa atau International Volunteer Day (IVD) yang ditetapkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 5 Disember setiap tahun. Selaras dengan itu, Sambutan Hari Kesukarelawanan Malaysia diwujudkan untuk menghargai jasa dan sumbangan yang telah diberikan oleh sukarelawan kepada masyarakat.

1.2 Ia merupakan platform Kementerian Belia dan Sukan untuk turut merasmikan Logo Hari Kesukarelawanan Malaysia dan melancarkan Program Rakan Muda Day Out yang akan dilaksanakan pada awal Tahun 2020.

1.3 Merealisasikan usaha Kementerian untuk mewujudkan kesedaran, memupuk, menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dari semua lapisan masyarakat terutamanya generasi muda yang prihatin, bertanggungjawab dan saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling

1.4 Pemberdayaan Alumni Program Kesukarelawanan Belia Antarabangsa (MyCorps) untuk turut sama membantu, merangka dan menyelaras program/ aktiviti yang dapat menghimpunkan sukarelawan bagi berkongsi pandangan serta pengalaman dalam dunia kesukarelawanan dan kemanusiaan.

1.5 Melalui sambutan ini juga, ianya dapat merangka hala tuju sukarelawan bagi menambahbaik pelaksanaan operasi misi kesukarelawanan dan kemanusiaan serta melahirkan generasi pemimpin di peringkat akar umbi yang mempunyai matlamat yang jelas dan berpandangan jauh


KONSEP PELAKSANAAN

1.1 Sambutan dan pelaksanaan program ini akan dilaksanakan selama satu (1) hari dengan penglibatan semua lapisan masyarakat di Malaysia.

1.2 Konsep pelaksanaan program adalah secara santai dan tidak formal.

1.3 Konsep pelaksanaan Sambutan Hari Kesukarelawanan Malaysia ini terbahagi kepada empat segmen/ zon utama iaitu:-

• KONVENSYEN DAN TALK SHOW (MMU CYBERJAYA)
• PAMERAN (MMU CYBERJAYA)
• KHIDMAT KOMUNITI (SEKITAR DAERAH SEPANG)
• KREATIF DAN INOVATIF (MMU CYBERJAYA)

TARIKH DAN TEMPAT

1.1 Sambutan dan pelaksanaan program peringkat kebangsaan adalah pada 7 Disember 2019 bermula dari 7 pagi hingga 6 petang.

1.2 Tempat sambutan dan pelaksanaan adalah di Universiti Multimedia Malaysia (MMU), Kampus Cyberjaya.


MAKLUMAT LANJUT

Untuk Maklumat Lanjut Berkenaan Sambutan Hari Kesukarelawanan Malaysia boleh hubungi Jawatankuasa Induk HKM 2019:

Jawatankuasa Induk Sambutan Hari Kesukarelawanan Malaysia 2019 boleh hubungi:

En. Mohammed Shahnaz bin Mawardi - 03-88713611 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
En. Mushairil Azmil bin Sidik - 03-88713740 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)

Sebarang pertanyaan berkaitan Rakan Muda Kreatif Peringkat Kebangsaan 2019 boleh hubungi:

En. Mohd Azreen bin Abd Aziz - 0388713324 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)
Pn. Intan Saruza binti Sabar - 03-88713743 (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.)






Go to top