Visi
Ke arah pembentukan remaja cemerlang lagi gemilang yang dapat menyumbang kepada pembangunan masyarakat dan Negara
Misi
Melahirkan remaja yang berdisplin, bertanggungjawab, prihatin, dinamik, proaktif, cergas, berkepimpinan, berkemahiran, berdikari, berbudaya, patriotik, kesukarelaan dan daya juang yang tinggi
Objektif
- Mewujudkan komuniti yang saling berhubung antara sub komuniti dan individu melalui pelbagai kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda
- Mewujudkan unsur prihatin, mahir, dinamik sebagai teras pembangunan modal insan golongan belia dengan semangat "Yakin Boleh Gemilang"
- Membangunkan imej diri remaja dengan penerapan nilai-nilai positif membina watak, displin, hormat-menghormati, setia, berkerjasama, bersatu dan bersemangat patriotik
- Memperbanyakkan jaringan hubungan dalam melaksanakan secara bersepadu bersama agensi yang mempunyai kepakaran khusus yang berkaitan dengan Gaya Hidup Rakan Muda
Fungsi
Cawangan Pembangunan Gaya Hidup dan Penggerak
- Urusetia JK3P Rakan Muda Kebangsaan
- Pemantauan, Pelaksanaan, dan penyelarasan aktiviti lapan (8) Gaya Hidup
- Penyelarasan Program Khas
- Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
- Pengurusan, pemeliharaan dan pengembangan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda
- Pemantauan Badan Operasi / Perlesenan
- Perancangan latihan pemimpin ARPM
- Sahsiah
- Merancang dan melaksanakan input sahsiah dalam Program Gaya Hidup Rakan Muda
- Rakan Muda Ramadhan (Kafa and Fardhu Ain)
- Merancang aktiviti pembangunan sahsiah menerusi aktiviti Gaya Hidup
- Pemantauan pelaksanaan dan laporan Unit Sahsiah dan aktiviti Takwim Islam
- Perancangan program Islam Hadhari
- Penyelarasan Aktiviti Gaya Hidup Antara Agensi dan Khidmat Bantuan
- Penyelarasan jawatankuasa bersama antara agensi Rakan Muda Fasa II
- Penyelarasan peruntukan penyaluran bantuan program
- Pengurusan sumber dan agihan peruntukan sektor-sektor
Cawangan Pembangunan Organisasi dan Komuniti
- Rakan Muda Jiran Muda
- Kem Rakan Muda Jiran Muda
- Kem Tunas Jiran Rakan Muda
- Rakan Muda Jiran Wanita
- Konvensyen Rakan Muda Jiran Muda
- Weekends champ
- Sukarelawan
- Program Sukarelawan Rakan Muda
- Program Sukarela Rakan Muda (RM) IDOL
- Program Peace Corps
- Kelab Rakan Muda
- Kelab Rakan Muda Parlimen
- Pusat Kegiatan Rakan Muda
- Aktiviti Gaya Hidup Kawasan Parlimen
- Kemudahan infrastruktur Pusat Kegiatan Rakan Muda
- Latihan dan bimbingan
Cawangan Pengembangan Rakan Muda
- Promosi dan Publisiti
- Perhubungan dan penyelarasan antara agensi
- Unit RM “Mobil”
- Perhubungan Awam Rakan Muda
- Sekretariat Rakan Muda
- Sekretariat Rakan Muda Institut Pengajian Tinggi (IPT)
- Sekretariat Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN)
- Sekretariat Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES)
- Sekretariat agensi kerajaan / sector tempatan
- Sekretariat Komplek Rakan Muda
- Rekod Sumber Maklumat, Kad Keahlian dan Pengurusan Penggerak Rakan Muda
- ICT/Laman web
- Kad Keahlian Rakan Muda
- Rekod dan laporan tahunan
- Pengurusan Penggerak Rakan Muda
- Pembangunan Aktiviti Kompleks
- Merancang aktiviti Kompleks Rakan Muda (KRM)/Kompleks Belia Dan Sukan Negeri (KOMBES)
- Membentuk hubungan dengan (Non-Gorverment Organization) NGO
- Menyelaras aktiviti
- Menyediakan pelan perancangan
Piagam Pelanggan
Bagi membangunkan modal insan golongan remaja ke arah penerapan nilai-nilai positif melalui pelbagai kegiatan Gaya Hidup Rakan Muda, maka kami berjanji :-
- Memberi perkhidmatan yang cepat, mesra dan telus bagi memenuhi kehendak pelanggan.
- Mempelbagaikan aktiviti/program bagi memenuhi kehendak golongan sasar Rakan Muda
- Mempertingkatkan keberkesanan pelaksanaan program Rakan Muda disemua peringkat
- Memastikan pelaksanaan setiap program bahagian dilaksanakan mengikut modul dan garis panduan pelaksanaan bagi mencapai objektif program
- Meningkatkan jaringan hubungan kerjasama dengan agensi, NGO's, badan-badan swasta dan lain-lain
- Memproses permohonan bantuan dari pelanggan dan memaklumkan keputusannya dalam tempoh 30 hari
- Membuat penilaian setiap program bagi tujuan penambahbaikan
- Memberi maklumbalas kepada setiap surat yang diterima oleh Bahagian dalam tempoh 7 hari bekerja
- Memproses permohonan Kad Keahlian Rakan Muda dan membuat penyerahan kad serta merta melalui pendaftaran secara manual (borang biru). Bagi pendaftaran secara online dan surat menyurat dalam tempoh 14 hari.
- Membuat promosi dan publisiti secara meluas program Rakan Muda
- Meningkatkan integriti yang tinggi sebagai penjawat awam semasa memberi perkhidmatan
|