Jata Negara Laman Utama Soalan Lazim Maklum Balas / Aduan Direktori Staf Peta Laman

<MMString:LoadString id="insertbar/rollover" />
Carian
Carian Carian
Carian
Carian
Carian
Sindikasi Maklumat Terkini KBS
RSS
spacer spacer spacer spacer
 
Maklumat Am | Carta Organisasi | Cawangan-Cawangan
 
MAKLUMAT AM
 

Visi

Mendahului usaha-usaha ke arah pemodenan pentadbiran dengan penggunaan teknologi terkini dan pengkasaan (empowerment) penjawat-penjawat awam di Kementerian Belia dan Sukan dari segi skil, pengetahuan dan motivasi (desire) selaras dengan hasrat bagi penyampaian perkhidmatan berkualiti tertinggi dan cemerlang.


Strategi

  • Memberi penekanan kepada penyediaan infrastruktur dan infrastruktur pentadbiran yang terkini selaras dengan perkembangan teknologi komputer dan multimedia.
  • Mempertingkatkan sistem pentadbiran dan memantapkan prosedur kerja yang luas
  • Mengemaskini struktur organisasi dan pengurusan sumber manusia yang optimum
  • Menerapkan prinsip-prinsip, nilai-nilai perkhidmatan yang murni dan menerapakn nilai tujuh (7) tabiat bagi penjawat awam yang cemerlang.

 
   
CAWANGAN-CAWANGAN  
 
Cawangan Kewangan
 
Maklumat Am

Objektif

Membantu pengurusan atasan dalam perancangan perbelanjaan mengurus secara cekap dan teratur serta memberi khidmat sokongan kewangan kepada semua cawangan/bahagian/jabatan di Kementerian supaya segala aktiviti dan program kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.


Fungsi

  1. Anggaran Belanjawan Mengurus Kementerian Belia dan Sukan
    • Menyediakan anggaran perbelanjaan mengurus tahunan kementerian
    • Menyediakan dan menghantar waran peruntukan ke semua jabatan belia dan sukan negeri dan IKBN
    • Mengurus pindah peruntukan dan peruntukan tambahan.

  2. Mengurus Pembayaran Perbelanjaan Mengurus dan Amanah
    • Menguruskan pembayaran emolumen
    • Menguruskan pembayaran mengurus ibu pejabat KBS seperti bil, pesanan tempatan dan tuntutan perjalanan pegawai
    • Mengurus perbelanjaan amanah seperti bayaran pinjaman kenderaan /komputer, biasiswa, pinjaman kumpulan wang pembangunan ekonomi belia dan akaun amanah sukan negara.

  3. Menguruskan Perolehan Bagi Bekalan dan Perkhidmatan KBS.
    • Pembelian secara
      • Terus
      • Sebutharga
      • Tender
    • Tempah Tiket Penerbangan

  4. Menyelenggara Akaun-akaun / Kumpulan Amanah
    • Menyimpan rekod-rekod semua Akaun Amanah
    • Menyedia penyata penyesuaian bulanan
    • Menyedia penyata terimaan dan bayaran tahunan

  5. Menyelia Perakaunan Hasil
    • Menyedia penyata penyesuaian ibu pejabat keseluruhan Kementerian Belia dan Sukan
    • Menyedia anggaran hasil tahunan
    • Menyedia Laporan Akaun Belum Terima sehingga 31/12

  6. Menyelenggara proses pinjaman kenderaan / komputer
    • Mengurus permohonan pinjaman komputer dan kenderaan pegawai dan kakitangan Kementerian Belia dan Sukan
    • Menyelenggara rekod pinjaman kenderaan dan komputer

 
Cawangan Pembangunan
 
Maklumat Am
 
Misi
 
Mengurus projek pembangunan fizikal/bukan fizikal dan perolehan peralatan mengikut keperluan end user dalam tempoh yang ditetapkan dengan mematuhi piawaian pengurusan projek/program dan peraturan kewangan yang berkuatkuasa.
 
Objektif
 
  • Fizikal

Merancang, melaksanakan, memantau dan menyerah projek pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan mematuhi garis panduan, pekeliling Agensi Pusat/Jabatan teknik dan peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa selaras dengan dasar keutuhan dan integriti kerajaan.

  • Bukan Fizikal

Memantau dan menyelaras program pembangunan yang diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT) dengan mematuhi garis panduan dan pekeliling Agensi Pusat peraturan-peraturan kewangan yang berkuatkuasa selaras dengan dasar keutuhan dan integriti kerajaan


Fungsi

  1. Merancang, melaksana, memantau pelaksanaan projek pembangunan yang telah diluluskan di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

  2. Menguruskan peruntukan pembangunan kementerian di bawah Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

  3. Bekerjasama dengan agensi-agensi pusat bekaitan hal ehwal projek dan peruntukan pembangunan di dalam Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT)

  4. Mengkaji semula pelaksanaan projek pembangunan di dalam kajian separuh penggal pada pertengahan Rancangan Malaysia Lima Tahun (RMLT).

  5. Mengurus dan menyelaras hal ehwal tanah untuk projek pembangunan.

  6. Menyelaras maklumat pelaksanaan projek kementerian di dalam Sistem Pemantauan Projek (SPP II)

 
Piagam Pelanggan
 

kami adalah bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan memuaskan hati pelanggan serta memberi layanan yang adil dan saksama. Dengan itu kami berjanji :

  • Pentadbiran Dan Perkhidmatan

Mengamalkan budaya kerja yang cekap dan berkesan dari aspek perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penyerahan projek-projek pembangunan Kementerian Belia Dan Sukan

  • Kewangan

Mengurus pembayaran ke atas semua tuntutan kemajuan/pembekalan perkhidmatan/peralatan dalam tempoh 14 hari dari tarikh terimaan tuntutan di cawangan ini.

Menyalurkan waran peruntukan kepada semua jabatan/bahagian/agensi dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh permohonan dengan memastikan peraturan kewangan yang berkuatkuasa dipatuhi.

  • Teknikal

Memberi nasihat dan menjalankan audit teknikal ke atas semua projek-projek pembangunan di dalam RMKE-9 dan Pentadbiran Kontrak

 

 
Cawangan Perolehan
 
Maklumat Am
 

Objektif

Membantu pengurusan atasan dalam perancangan dan pelaksanaan perolehan kementerian supaya segala aktiviti dan program Kementerian dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.

Fungsi

  1. Menguruskan perolehan dan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan untuk Ibu Pejabat KBS menerusi tatacara perolehan berikut :
    1. Kontrak pusat;
    2. Pembelian terus;
    3. Sebutharga; dan
    4. Tender.

  2. Menguruskan perolehan dan pembelian bagi bekalan dan perkhidmatan menerusi tatacara perolehan tender untuk jabatan dan agensi KBS seperti berikut :
    1. Jabatan Sukan dan Belia Negeri;
    2. Institut Kemahiran Belia Negara; dan
    3. Agensi Pembangunan

  3. Mengurusetia Jawatankuasa Sebutharga Ibu Pejabat KBS.

  4. Mengurusetia Lembaga Perolehan KBS A dan B.

  5. Menguruskan pemantauan, pengumpulan dan penyelarasan maklumat perolehan KBS.

  6. Melaksanakan projek Kerajaan Elektronik menerusi pelaksanaan sistem ePerolehan.

  7. Membantu Jabatan dan Agensi KBS dari aspek pengurusan perolehan Kerajaan.
 
* Sumber dari : Bahagian Kewangan dan Pembangunan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Dasar Keselamatan Dasar Privasi Penafian
Kementerian Belia dan Sukan, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333 Fax : 03-8888 8770
Hakcipta Terpelihara 2007. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
Untuk maklumat lanjut sila email di webmaster@kbs.gov.my
Versi 2.0 Kemaskini terakhir pada : 06/09/2010