Latarbelakang
Pejabat Penasihat Undang-Undang Kementerian Belia dan Sukan diwujudkan pada November 2000. Penasihat Undang-Undang yang ditempatkan di Kementerian ini merupakan seorang pegawai dari Jabatan Peguam Negara yang dilantik melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Perundangan.
Fungsi
Fungsi Pejabat Penasihat Undang-Undang ini ialah:
- Memberi nasihat perundangan kepada Kementerian Belia dan Sukan selaras dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Persekutuan yang relevan dan ada kaitan;
- Memberi nasihat supaya tercapai matlamat dasar Kerajaan dengan mengambil kira kepentingan awam dalam pembangunan Belia dan Sukan selaras dengan Perlembagaan Persekutuan dan undang-undang lain;
- Menggubal undang-undang termasuk peraturan-peraturan bagi pihak Kementerian Belia dan Sukan;
- Mengadakan serta meneliti kontrak-kontrak Kerajaan dengan pihak-pihak tertentu serta menjaga kepentingan Kerajaan khususnya Kementerian dalam hal tersebut; dan
- Memantau kes-kes sivil atau apa-apa tuntutan yang terletak di bawah bidang kuasa dan kawalan Kementerian ini terutamanya tuntutan-tuntutan melibatkan kontrak atau perjanjian.
|