Jata Negara Laman Utama Soalan Lazim Maklum Balas / Aduan Direktori Staf Peta Laman

<MMString:LoadString id="insertbar/rollover" />
Carian
Carian Carian
Carian
Carian
Carian
Sindikasi Maklumat Terkini KBS
RSS
spacer spacer spacer spacer
 

SEJARAH AWAL KEMENTERIAN

Sejarah penubuhan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bermula pada tahun 1953 dengan tertubuhnya Bahagian Kebudayaan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat yang telah diberi tanggungjawab mengenai belia. Seterusnya pada tahun 1964 Bahagian Kebudayaan ini telah dipindahkan di bawah Kementerian Penerangan. Dalam masa yang sama berikutan kegiatan belia secara berpersatuan yang semakin berkembang, maka bagi tujuan memupuk serta memantau perkembangan tersebut, Bahagian Belia telah ditubuhkan di bawah kementerian berkenaan. selain itu di bawah Kementerian Penerangan ini juga telah ditubuhkan Bahagian Sukan.

Kementerian Belia dan Sukan hanya diwujudkan pada 15 Mei 1964 iaitu bersempena Hari Belia Negara pada tahun tersebut. Pada tahun 1972, Bahagian Kebudayaan telah diwujudkan dan dengan itu nama Kementerian Belia dan Sukan ini telah diubah kepada Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sehingga tahun 1987 apabila Bahagian Kebudayaan telah dipindahkan di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Dengan perpindahan Bahagian Kebudayaan tersebut, nama Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan telah kembali kepada nama asalnya iaitu Kementerian Belia dan Sukan, sehingga sekarang.

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) telah diamanatkan untuk melaksanakan dasar-dasar Kerajaan Malaysia khususnya dalam pembangunan Belia dan Sukan.

 

 

 

 

 

 

 

Dasar Keselamatan Dasar Privasi Penafian
Kementerian Belia dan Sukan, Menara KBS, No 27 Persiaran Perdana, Presint 4, 62570 Putrajaya
Tel : 03-8871 3333 Fax : 03-8888 8770
Hakcipta Terpelihara 2007. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia
Gunakan Internet Explore(IE) 6.0 ke atas dengan resolusi 1024 X 768 untuk paparan terbaik.
Untuk maklumat lanjut sila email di webmaster@kbs.gov.my
Versi 2.0 Kemaskini terakhir pada : 06/09/2010