Apakah program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan?
Jawapan 1
Antara program-program yang dianjurkan oleh Kementerian Belia dan Sukan adalah Program Rakan Muda, Program Kepimpinan Perdana dan berbagai lagi program. Untuk maklumat lebih lanjut, sila ke bahagian Program di laman web KBS.
Institut Kemahiran Belia Negara/Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara
Soalan 1
Dimanakah lokasi IKBN/IKTBN yang dikendalikan oleh Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia?
Jawapan 1
Terdapat 15 buah IKBN/IKTBN yang dikendalikan oleh KBS seperti berikut :
IKBN Bukit Mertajam, Pulau Pinang.
IKBN Chembong, Rembau, Negeri Sembilan
IKBN Bachok, Kelantan
IKBN Dusun Tua, Hulu Langat, Selangor.
IKBN Pagoh, Muar, Johor
IKBN Jitra, Kedah
IKBN Seri Iskandar, Bota, Perak.
IKBN Wakaf Tapai, Marang, Terengganu
IKBN Kuala Perlis, Perlis
IKBN Peretak, Kuala Kubu Baru, Selangor
IKTBN Sepang, Selangor
IKBN Pontian, Johor - IKBN ini dikendalikan oleh KOBENA
IKBN Temerloh, Pahang
IKBN Miri, Sarawak
IKBN Kinarut, Sabah
Soalan 2
Dimanakah saya boleh mendapatkan maklumat berkenaan dengan latihan kemahiran yang dijalankan oleh IKBN/IKTBN?
Jawapan 2
Anda boleh mendapatkan maklumat berkenaan dari
Bahagian Pembangunan Kemahiran,
Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia,
Aras 3, Menara KBS,
No 27 Persiran Perdana, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62570 Putrajaya
E-mel : kemahiran@kbs.gov.my
No. Tel : 03-88713333
No. Faks : 03-88888785
Soalan 3
Bagaimana dan bila saya boleh memohon untuk belajar di IKBN/IKTBN?
Jawapan 3
Untuk mengikuti latihan kemahiran di IKBN di bawah Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia anda dikehendaki memohon secara atas talian (online) menerusi laman web Kementerian Belia dan Sukan di www.kbs.gov.my
Soalan 4
Berapa lamakah latihan kemahiran yang dijalankan di IKBN/IKTBN?
Jawapan 4
Untuk latihan kemahiran sepenuh masa latihan dijalankan di antara 18 bulan hingga 36 bulan mengikut bidang kemahiran yang diambil.
Soalan 5
Apakah tahap kemahiran yang dijalankan di IKBN sama dengan Institut Latihan Kemahiran yang lain seperti IKM atau ILP?
Jawapan 5
Pada masa ini semua agensi latihan kemahiran sama ada awam atau swasta menjalankan latihan kemahiran yang menggunakan silibus dan persijilan yang sama yang dikeluarkan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan.
Soalan 6
Apakah IKBN/IKTBN menjalankan latihan kemahiran dalam bidang teknikal sahaja?
Jawapan 6
Tidak. IKBN/IKTBN juga ada menjalankan kursus-kursus latihan kemahiran yang lain seperti bidang Hospitaliti, Tekstil & Apparel dan Personal Services.
Soalan 7
Apakah kemahiran yang akan dipelajari dalam bidang Hospitaliti?
Jawapan 7
Kemahiran yang akan dipelajari dalam bidang Hospitaliti adalah seperti :
(i) Pramusaji, Kapten & Penyelia Makanan,
(ii) Penyedia & Penyelia Makanan dan Penyelia Pastri.
Adakah kursus-kursus latihan belia yang dikendalikan oleh Kementerian Belia dan Sukan?
Jawapan 1
Kementerian ini menawarkan pelbagai kursus khas untuk belia negara dalam lingkungan umur 17 hingga 25 tahun. Untuk maklumat lanjut, sila ke bahagian Latihan di Portal Rasmi KBS, www.kbs.gov.my
Di manakah saya boleh dapatkan borang pemohonan pinjaman Skim Tabung Ekonomi Belia?
Jawapan 1
Tuan/Puan boleh mendapatkan borang pemohonan dari Pejabat Belia dan Sukan Daerah yang terdekat atau Jabatan Belia dan Sukan Negeri masing-masing. (Sila rujuk alamat di lampiran yang disertakan).
Soalan 2
Apakah kelayakan yang membolehkan saya memohon pinjaman ini?
Jawapan 2
Tuan/Puan perlu mempunyai Sijil Pendaftaran Perniagaan dan dokumen sewa tapak/premis untuk melayakkan tuan/ puan memohon pinjaman.
(Sila rujuk syarat pinjaman )
Soalan 3
Berapakah had minimum/ maksima untuk memohon?
Jawapan 3
Dari RM5, 000.00-RM50,000.00
Soalan 4
Berapa lamakah proses kelulusan pinjaman?
Jawapan 4
Setiap pemohonan mengambil masa 5 minggu untuk diproses.
Soalan 5
Apakah syarat-syarat penjamin?
Jawapan 5
Pinjaman RM5,000.00-RM 15,000.00 ( TIADA PENJAMIN )
Pinjaman RM15,000.01-RM50,000.00 ( SATU (1)Orang Penjamin)
Penjamin digalakkan daripada kalangan ahli keluarga.
Penjamin mempunyai pendapatan tetap kasar ( termasuk elaun-elaun tetap) tidak kurang dari RM800.00 sebulan.
Penjamin adalah terdiri daripada kakitangan kerajaan atau swasta.
Tidak mempunyai rekod tindakan yang berkaitan dengan perhutangan atau seumpamanya.
Syarat Khas :
Semua pegawai dan kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kementerian Belia dan Sukan adalah tidak layak menjadi penjamin.
Had menjamin :
Seorang yang layak untuk menjadi penjamin tidak boleh menjamin lebih dari satu (1) orang peminjam pada satu-satu masa.
Soalan 6
Adakah saya perlu mengikuti kursus perniagaan untuk memohon pinjaman ini?
Jawapan 6
Tidak perlu. Salinan sijil kursus boleh dilampirkan bersama dengan kertas kerja.
Soalan 7
Adakah saya layak memohon pinjaman ini jika saya menjalankan perniagaan secara separuh masa?
Jawapan 7
Ya, tuan/puan layak untuk memohon pinjaman ini jika menjalankan perniagaan secara sepenuh masa ataupun separuh masa.
Soalan 8
Apakah Institusi Kewangan yang dilantik untuk mengurus dana bagi melaksanakan Skim Belia Niaga?
Jawapan 8
Kementerian Belia dan Sukan Malaysia melantik Bank Kerjasama Rakyat sebagai pengurus dana bagi melaksanakan Skim Belia Niaga (SBN) dan Agro Bank sebagai pengurus dana bagi melaksanakan Skim Belia Tani (SBT).
Soalan 9
Adakah perniagaan jualan langsung layak untuk memohon pinjaman ini?
Jawapan 9
Perniagaan jualan langsung layak memohon pinjaman ini jika memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh pihak kementerian. Individu yang memohon pinjaman di bawah perniagaan jualan langsung juga perlu mempunyai sijil pendaftaran perniagaan sendiri.
Bagaimanakah caranya untuk memohon jawatan kosong di Kementerian Belia dan Sukan?
Jawapan 1
Urusan pengambilan ke perkhidmatan awam adalah di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA). Sehubungan itu, setiap permohonan untuk pengisian jawatan kosong perlulah dibuat melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) iaitu menerusi laman web www. spa.gov.my (SPA8).