Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Program Jati Diri Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 1/2019 Voyage 386/19 pada 6 hingga 15 Mac 2019. Program ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.

Sehubungan dengan itu, permohonan penyertaan belia yang berminat untuk mengikuti Program Jati Diri KLD Tunas Samudera ini boleh dibuat berdasarkan syarat-syarat yang berikut:
a) Sihat tubuh badan (tidak mempunyai masalah kesihatan yang serius);
b) Berumur 18-30 tahun dan merupakan ahli persatuan belia yang bergiat aktif dalam program pembangunan belia;
c) Mendapat pengesahan dari persatuan yang diwakili;
d) Mendapat kelulusan/ pengesahan majikan (bagi yang bekerja)
e) Mengemukakan Borang Permohonan yang telah dilengkapkan dengan sempurna. (Borang Prmohonan yang tidak lengkap tidak akan dilayan)

Klik untuk borang permohonan

Permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke alamat seperti berikut:
SEKRETARIAT PROGRAM KLD TUNAS SAMUDERA
Aras 11, Bahagian Pembangunan Belia,
Jabatan Belia dan Sukan Negara,
Kementerian Belia dan Sukan MALAYSIA
Pusat Pentadbiran Persekutuan,
Presint 4, 62570 Putrajaya.
(u.p: Puan Nur Amalina binti Holidi)

Tarikh permohonan penyertaan ialah pada 21 Januari hingga 8 Februari 2019.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Puan Nur Amalina binti Holidi
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel : 03-8871 3796
Fax : 03-8888 8761
Puan Shaliza binti Samasudin
Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Tel : 03-8871 3617
Fax : 03-8888 8761
Go to top