PELUANG BELIA DALAM PROGRAM STAR@U

KBS komited untuk terus memperkasakan lagi belia negara melalui Program Star@U atau Skill Training At Risk @ Youth yang mempunyai tiga (3) cabang utama program iaitu, Reben Kuning, My Future Youth dan MyFuture Youth Plus.

Untuk memberi peluang kepada semua belia mendapatkan latihan kemahiran secara sambilan, My Future Youth Plus menawarkan kemudahan latihan secara PERCUMA kepada semua belia yang tidak mempunyai sijil SPM untuk memperolehi sijil kemahiran dari ILKBN dan pusat latihan TVET.

Rebutlah peluang keemasan ini dengan mengikuti latihan jangka pendek yang mengsasarkan 700 peserta dan mempunyai 70 program dalam 13 bidang kemahiran disediakan kepada belia Malaysia. Peserta kursus akan layak menerima sijil penyertaan kursus modular dan seterusnya peserta program boleh meneruskan pengajian untuk mendapatkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) menerusi Pentauliahan Pencapaian Terdahulu (PPT).

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Pn. Syira di talian 03-8871 3679 atau layari http://kemahiran.kbs.gov.my serta menerusi laman Instagram @ilkbs.bpkb.

Sumber:
Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia
Go to top