VOYAGE 407/20

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) akan menganjurkan Program Jati Diri Kapal Layar Diraja (KLD) Tunas Samudera (Skim Belia) Siri 1/2020 Voyage 407/20 pada 25 Februari hingga 8 Mac 2020. Program ini dianjurkan dengan kerjasama pihak Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) yang bertujuan untuk mendedahkan peserta kepada kemahiran ilmu pelayaran di samping menerapkan elemen kepimpinan.

Sehubungan dengan itu, permohonan penyertaan belia yang berminat untuk mengikuti Program Jati Diri KLD Tunas Samudera ini boleh dibuat berdasarkan syarat-syarat yang berikut:

a) Peserta mestilah WARGANEGARA MALAYSIA.
b) Peserta mestilah berumur antara 18-30 TAHUN.
c) Peserta yang dipilih perlu menjalani pemeriksaan perubatan bagi memastikan peserta adalah SIHAT TUBUH BADAN dan TIDAK MEMPUNYAI SEJARAH KECEDERAAN LAMA YANG SERIUS yang boleh mengganggu perjalanan  program.
d) Peserta mestilah mempunyai ukur lilit pinggang minimum 28 inci.
e) Peserta mestilah mengosongkan tarikh-tarikh program ini sebelum membuat permohonan.
f) Mendapat pengesahan pertubuhan/persatuan/kelab yang diwakili.
g) Mendapat sokongan/pengesahan majikan (bagi yang bekerja) 􀂱 permohonan akan ditolak sekiranya tidak mempunyai butiran berkenaan.

Peserta boleh memuat turun borang permohonan di laman web Kementerian Belia dan Sukan.

Tarikh tutup permohonan adalah pada 31 Januari 2020. Borang permohonan yang lengkap perlu dihantar ke Jabatan Belia Sukan Negeri yang berhampiran.

Sebarang pertanyaan boleh hubungi:
Encik Mohd Uzaimi bin Mokhtar Email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Tel : 03-8871 3271
Fax : 03-8888 8761


Klik Untuk Muat Turun Borang
Go to top