Untuk menjalani kehidupan yang sihat, adalah penting untuk menjaga tubuh. Sentiasa pantau berat badan adalah salah satu cara untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat. Perlu mengamalkan pola pemakanan seimbang di samping tidak meninggalkan aktiviti bersenam meskipun perlu mengehadkan pergerakan dan hanya berada di rumah.

Obesiti pada hari ini telah menjadi isu semasa dan ini adalah penting untuk memberi perhatian khusus kepada diet dan aktiviti fizikal. Tidak perlu untuk merosakkan kehidupan dengan masalah yang berkaitan dengan kesihatan. 

Memastikan makanan tertentu diambil pada kadar yang sesuai bagi memastikan diet yang seimbang serta mencegah risiko penyakit. Jangka hayat organ-organ penting seperti hati, paru-paru, perut, dan lain-lain meningkat dengan makan sihat. 

Mengutamakan makanan dari sumber kabohidrat khususnya bijirin penuh dan sumber protein seperti telur, ikan, ayam dan daging yang kurang bahagian berlemak dan kulit. Pengambilan pelbagai jenis dan warna buah-buahan dan sayur-sayuran juga akan memberikan sumber vitamin, mineral dan serat kepada tubuh badan. 

Bekerja dari rumah dan berada dalam kawasan yang terhad juga memerlukan seseorang menjadi lebih kreatif melakukan aktiviti riadah atau senaman. Perbanyakkan aktiviti untuk melawan kebosanan duduk di rumah tanpa bergantung hanya kepada makanan atau menonton televisyen. 

Justeru itu, Program KBS Fit and Active yang dilaksanakan sempena program Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dilanjutkan maka dengan adanya program ini ianya dapat memupuk minat dan menarik penyertaan lebih ramai ke arah melahirkan masyarakat dalam keadaan yang sihat sejahtera untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Sukan.  

OBJEKTIF

Objektif bagi program KBS Fit and Active ini adalah seperti berikut:-

 >Melatih masyarakat dalam pendidikan tentang pemakanan yang sihat.
>Meningkatkan pengetahuan pelbagai aktiviti kecergasan dan gaya hidup aktif.
> Menggalakkan masyarakat untuk mengetahui mengenai cara-cara menyediakan pelan diet.
> Mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan memberi lebih keseronokan.

PENYERTAAN

Penyertaan program KBS Fit and Active ini terbuka kepada 10,000 peserta untuk sama-sama kekal aktif, cergas dan   sihat ketika di rumah selama 14 hari.

Go to top