• Pastikan memuat turun dan mendaftar aplikasi MySejahtera ke dalam telefon bimbit masing-masing untuk pengesanan kontak rapat (contact tracing).
  • Saringan suhu badan & gejala. Individu yang mempunyai suhu badan melebihi 37.5° Celcius dan /atau bergejala (batuk, selsema, sakit tekak & susah bernafas) DILARANG memasuki premis Gimnasium Rakyat KBS
  • Pastikan pemakaian face mask sebelum dan selepas aktiviti.
  • Pastikan langkah-langkah kebersihan sebelum, semasa dan selepas menjalankan aktiviti dipatuhi.
  • Pastikan penjarakan sosial di dalam Gimnasium Rakyat -
         a) Aktiviti Statik: 1 – 3 m
        b) Aktiviti Dinamik: 3 - 5 m      
  •  Aktiviti fizikal yang melibatkan sentuhan fizikal (anggota badan) dan berintensiti tinggi adalah DILARANG dilakukan di Gimnasium Rakyat KBS.
  •  Pastikan peralatan yang dikongsi secara bersama dibersihkan, dinyahkuman dan disimpan semula dalam keadaan yang baik selepas setiap kali penggunaannya.
  •   Mempraktikkan tidak bersalaman / bersentuhan.
  •   Pastikan pengurangan interaksi sosial sebelum, semasa dan selepas melakukan aktiviti kecergasan di Gimnasium Rakyat dengan pengguna lain.
  • DILARANG berkongsi air minuman, makanan, pakaian, tuala muka yoga mat dan peralatan peribadi. Pengguna DIGALAKKAN membawa sendiri keperluan tersebut dari rumah.
  • Dilarang meludah sebarangan / merata-rata.
  • Pastikan aktiviti senaman yang sesuai dan sentiasa elakkan kecederaan.
  • Kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah, golongan kelainan upaya (OKU), berkeperluan khas dan warga emas yang berumur 60 tahun dan ke atas TIDAK DIGALAKKAN berada dalam premis Gimnasium Rakyat.
  • Pastikan meninggalkan Gimnasium Rakyat secepat mungkin selepas selesai melakukan sebarang aktiviti latihan.
Go to top