|
Program Kayuhan Patriotik 1Malaysia@ Putrajaya ini merupakan cetusan idea YAB Perdana Menteri Malaysia yang akan diadakan pada 3 April 2013 (Rabu). YAB PM bersama-sama Menteri-menteri Kabinet serta 10 ribu peserta akan turut serta dalam kayuhan tersebut.
Bermula di hadapan Kementerian Kewangan, Presint 2 dan berakhir di hadapan Istana Kehakiman sejauh 12km (untuk Kayuhan Patriotik) dan 20km (untuk pengayuh tegar) mengelilingi Putrajaya.
Program ini akan bermula jam 4.30 petang dengan ketibaan dif-dif kehormat. Manakala ketibaan YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia, pada jam 5.00 petang. Kayuhan bermula pada jam 5.15 petang.
Penganjuran program ini adalah berkonsepkan 1Malaysia dengan sasaran penyertaan adalah seramai 10 ribu orang. Penyertaan program ini adalah terbuka kepada semua lapisan masyarakat.
Kayuhan Patriotik 1Malaysia@Putrajaya bertujuan agar YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abd Razak, Perdana Menteri Malaysia berpeluang untuk lebih dekat dengan rakyat disamping menggalakkan aktiviti kecergasan sebagai gaya hidup sihat.
Selain itu, ia bertujuan untuk menjadikan Putrajaya sebagai pusat kegiatan aktiviti sukan dan kecergasan yang mesra belia. Peserta juga berpeluang menikmati keindahan Putrajaya yang bakal dikelilingi sepanjang kayuhan tersebut.
Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya, Yayasan Rakyat 1Malaysia, Kementerian Penerangan, Komunikasi dan kebudayaan dan Polis DiRaja Malaysia.
Pendaftaran dibuka mulai hari ini. Sila hubungi 03 – 8871 3172 / 03 – 8871 3000. Maklumat lanjut, sila layari www.kbs.gov.my atau FB Fanpage KBSMalaysia.
Dikeluarkan oleh:
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Belia dan Sukan
Putrajaya
No. Tel : 03-8871 3442
No. Faks : 03-8888 8729
Laman Portal : www.kbs.gov.my |