• PROMO PAVILION S4Y KBS
  • Pengambilan IKBN Jan2017
  • bike
  • Subjek Jabatan
  • mycorps@MiddleEast
  • Budget2017



                                                       

SMK SAUJANA TERUSKAN PERJUANGKAN ARPRM

SETIU, 7 APRIL 2015 - Semenjak tahun 2008 Sekolah Menengah Kebangsaan Saujana Setiu yang sering menjadi perintis kepada program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) hari ini meneruskan penglibatan dalam program tersebut untuk tahun ini.

Seramai 100 peserta berpeluang mendengar taklimat yang disampaikan Supian Hassan selaku Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Setiu. Dalam taklimat tersebut, peserta turut didedahkan dengan objektif program iaitu untuk memberi ruang kepada peserta belajar menberi khidmat yang berguna kepada masyarakat, untuk menggalakkan peningkatan presatasi semangat kesukanan dan kesedaran gaya hidup yang aktif.

Selain itu, ia turut menggalakkan kepada penemuan dan pembentukan kemahiran diri dalam aspek pencarian maklumat kesenian, komunikasi teknologi dan aspresiasi budaya.

Semuanya bertujuan untuk menggalakkan penglibatan gaya hidup yang bermakna dan produktif daripada peserta-peserta dengan semangat ingin meneroka horizon baru.

Rosmawani Ibrahim selaku guru penyelaras ARPRM Sekolah berkenaan menyatakan bahawa program ini adalah salah satu usaha murni untuk memberi peluang kepada pelajar sekolah berkenaan untuk menerokai potensi diri dan seterusnya memperolehi potensi diri dan seterusnya memperolehi anugerah yang telah ditawarkan pihak Kementerian Belia Dan Sukan.

Oleh : Jabatan Belia dan Sukan Negeri Terengganu

Disunting : Razali Haji Mohamed Yassinn( Unit Komunikasi Korporat KBS )
razali_m@kbs.gov.my

FIT MALAYSIA

 
Asas dalam mencapai apa saja yang kita inginkan adalah tubuh badan yang sihat. FitMalaysia membantu anda ke arah ini.

SUKAN SEA 2017

 
Jumpa anda di Sukan SEA Ke-29 Kuala Lumpur 2017

Hari Sukan Negara

 
Jumpa anda pada 08.10 .2016. Jom kita jayakan Hari Sukan Negara
BCMath lib not installed. RSA encryption unavailable